Petang tadi akak bersama-sama rakan-rakan masuk kelas mentelaah kitab. Kelas informal yang membincang dan membahas tafsiran kitab alMinhaj karangan tuan pengarang bernama Engku.. lupa lak nama penuh pengarang.. buku pulak ada kat dalam kereta nun... nanti akak update semula nama pengarangnya.
Jadi tadi dibahaskan mengenai fitnah ilmu yang sedang berlaku pada zaman kita ini. Allah Maha Pemurah. Allah berikan ilmu pengetahuan kepada manusia yang meliputi segala macam disiplin ilmu. Disiplin ekonomi, sosial, agama, aeroangkasa, laut dalam, ilmu sihir.. mistik.. segala macam ilmu Allah kurniakan kepada manusia. Tinggal lagi digunakan je oleh manusia.
Pendek kata nak dapat ilmu pengetahuan tidak susah sekarang. Cukup mudah. Tanya pakcik google dah boleh dapat ilmu pengetahuan.
Cuma manusia ada yang tidak amanah dengan ilmu. Menyelewengkan fakta. Menimbulkan fitnah. Dan macam-macam lagi pensyirikan ilmu yang dilakukan oleh manusia.
Dek kerana akan hilangnya rasa penghormatan terhadap ilmu nanti, sudah disebut di dalam hadis nabi iaitu akan datang satu zaman di mana sumber ilmu pengetahuan iaitu alQuran akan dihilangkan dari dunia kita. Maka ketika itu beruntunglah sesiapa yang menghafal dan memahami alQuran.
Kita pula perlu mendidik diri supaya tidak leka dan lalai dengan ilmu sekelumit kuman yang Allah izinkan datang kepada kita. Ada yang ego melangit kerana mampu menjulang nama hebat di dalam akademik. Kata ustaz, bila merasakan diri hebat dek kerana ilmu yang ada maka ketika itu pensyirikan ilmu berlaku. Apa maksudnya pensyirikan ilmu?
Nanti kita bincangkan lain entri.
Semoga Allah memberkati kehidupan kita di dunia dan Allah memilih kita untuk berada bersama-sama dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh di syurgaNya di sana.
No comments:
Post a Comment