Tuesday, February 24, 2015

Sakit sendi? Wanita? Sayangi diri sendiri

Itu ari akak bersembang dengan rakan-rakan sekerja. Ada la yang mengadu sakit urat.. sakit sendi.. sakit tulang.. sakit lutut.. sakit kaki.. pendek kata semuanya bermula ngan SAKIT...

tapi tu lah.. dah tau sakit kan.. asyik asyik cakap mende sama je.. bila tanya apa yang dibuat untuk meredakan kesakitan takde apa la pulak usahanya kan. Jadinya asyik mengomel je.. makin sakit tu la makin sakit ni..

Jadinya, bila dah tahu diri kita sakit maka seharusnya kita mula menjaga dan merawat diri sendiri. Cari penawar dan dapatkan rawatan melalui ubat-ubatan samada kaedah perubatan tradisional ataupun moden. Yang penting, kita berusaha merawat diri sendiri.

Kenapa kalau dah sakit kena rawat? Supaya sakit tu tak berpanjangan. Dan supaya kesihatan kita terjaga. Bila terjaga kesihatan maka bolehlah kita melaksanakan amal ibadat yang diperintahkan Allah sesempurna mungkin. InsyaAllah.

Jadi bagi yang rasa sakit sendi sakit tulang dan sakit yang sewaktu dengannya, cubalah rawat dengan mengambil suplemen Shaklee AJHT secara tetap. Cubalah amalkan dalam masa 3 bulan. Dan kongsikan pengalaman anda.

Kalau agak-agak nak genggam tangan pun dah sakit, janganlah ditunggu sampai umur 60 tahun. Itupun kalau kita diberi kesempatan la kan... kalau sakit sekarang, maka sekarang la kena rawatnya. Takkanlah nak tunggu tahun depan baru nak dapatkan rawatan kan.

Sekarang masanya. Jaga kesihatan kita. Kesihatan kita tanggungjawab kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!