Saturday, February 21, 2015

Kisah kedai berger kami...

Akak sambung kisah kedai berger kami. Kedai berger adik akak sebenarnya.

Kisahnya, setelah 2 minggu berniaga jualan berger telah berkurang sangat drastik sehinggakan dalam satu hari hanya dapat $4 je.

Jadi macamana nak terus berniaga kalau berterusan kan.

Nak dijadikan cerita, anak saudara akak (anak adik akak) yang berumur hampir 2 tahun telah dimasukkan ke hospital sebab muntah-muntah dan tak lalu makan. Makan apa pun muntah balik, minum susu pun muntah. Sampai dah kurus dah. Kesian betul. Kat hospital pulak tak nak dengan sapa-sapa melainkan dengan ibunya. Ibunya pulak sedang mengandung. Memang mengah la ibunya. Sangat kesian.

Lepas balik dari hospital, nak jadik citer lagi, adik ipar akak bawak la anak sedara akak ni pergi berubat secara alternatif. Di situlah bermulanya..

Dapat tahu ada yang dengki pasal adik akak ni jual berger jugak. Dan diletakkan sesuatu kat lokasi gerai berger dan jugak kat rumah adik akak. Hmm. Busuknya perangai manusia kan.

Adik akak pun bagitau, "patut la ibu jari kakinya selalu bergerak-gerak.." itu salah satu tanda unsur-unsur negatif yang berada di sekeliling kita.

Jadi sekarang ni kami sekeluarga sedang berusaha melakukan solat hajat dan memohon perlindungan Allah SWT. InsyaAllah dengan izin Allah kami sekeluarga dijauhkan dari segala kejahatan dan didekatkan dengan segala kebaikan. Amin.

Benda-benda macam ni memang berlaku di dalam masyarakat kita. Dan seringkali individu yang terkena buatan orang ni ada yang sampai membawa maut.

Akak teringat dengan arwah kakak akak yang terkena buatan orang. Sampai badannya kurus kering. Puas berubat sana sini. Namun... segala-galanya milik Allah. Dari Allah kita datang kepada Allah juga kita dikembalikan. Allahuakbar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!