Saturday, February 28, 2015

Whatsapp nye hal.. sampai dah tak terbaca dahh..

Punye banyak group wassap.. satu saat tu dah berpuluh-puluh mesej.. tak terbaca dah..

Ni akak capture mesej wassap dari phone abe nik yg abe nik lum baca.. seribu lebih tu.. menggeleng kepala jap abe nih..

So abe nik tgh pikir nak filter mana group yg paling relevan je skrg ni.. kalau tak filter kan.. mak ai.. tak sempat woo nak masa nk baca semua.. kan kan.. sekali tengok group ni dah tiga empat ratus mesej.. alahai...

Friday, February 27, 2015

Dasat sungguh budak-budak Masterchef Junior nih...

Akak suka sangggaaat tengok masterchef junior.. budak-budak masak..

Dasat sungguh.. tengok dari cara diaorg masak.. wah.. memang setaraf ngan chef kat hotel. Boleh lawan ngan chef dewasa.

Malam ni finale. Ada 2 orang finalis.. memang berdebar-debar je bila tengok diaorang masak.

Dan budak-budak ni pun memang sangat jelas visi dan misi mereka. Semuanya minat masak dan semuanya nak bukak restoren. Pendek kata hala tuju dan tujuan kerjaya dan masa depan sangat jelas.

Terpikir jugak bila masa budak-budak ni belajar masak kan.. kalau kat sekolah dah sibuk ngan aktiviti akademik.. bila masa belajar masak.. hmm.. memang ada jadual khas la kot..

So mak ayah.. caner ye kalau tiba-tiba anak bagitau minat masak dan nak belajar masak je.. tak minat jurusan lain dah.. caner?

Thursday, February 26, 2015

Wednesday, February 25, 2015

Malaysia pengguna aktif facebook dan paling sosial di Internet

Sumber:
HarianMetro 25/2/2015

Whatsapp.. yang bagus dan kurang bagusnya

Dah ada teknologi whatsapp (wa) ni kemain lagi la kencangnya kita kan.. bergiat aktif dalam komuniti kita yang lama dah kita tak tanya khabar..

Jadi wujudlah pelbagai group wa. Dari group sekolah rendah ke sekolah menengah ke group kolej ke group universiti ke group pibg ke group ofis ke group family ke group mlm.. macam-macam group lah.. bukan belasan group tapi puluhan group..

Sudahnya dalam satu saat tu boleh dengar berpuluh-puluh message.. tak berenti-renti..

Ada jugak group yang kita rasa tak penting pun bagi kita.. tapi sebab orang dah add kan.. kalau kita left group kang nampak sangat kurang ajarnya kan haha..

Last-last mute kan je group tu...  so takde la dengar bunyi tut tut tut memanjang.. tapi tulah.. sekali tengok selang 2-3 minit sampai 400 message..apa hal kan.. buang masa pulak rasanya.. pulak tu yang ada tulisnya cuma "haha hihi huhi.."

Memang seronok dapat sembang ngan kawan-kawan dulu-dulu.. merapatkan hubungan silatulrahim... tapi kalau selang 1 saat dok berceloteh.. aii tal jadi keje kut..

Sekarang ning masa begitu cepat berlalu.. jadi kena betul-betul luangkan masa dengan bijak.. kalau ada masa sangat boleh la jugak layan kan.. tapi kalau layan sangat takut banyak pulak terbuang masa...aduhai..

So kena setkan masa tertentu untuk catch-up mana-mana yang tertinggal dari group tertentu... anyway, terserah kepada individu la kan macamana dia tangani mende-mende macam ni kan.

Yang nyata, teknologi dibina untuk membantu manusia melakukan kerja dengan lebih cekap dan cepat.

Tuesday, February 24, 2015

Nak datang Terengganu? Pakaian wajib sopan ye... kalau tak...

Ni sharing akak copy dari whatsapp akak.

MAKLUMAN������

Assalamualaikum W.B.T. .kepada rakan2 terutama wanita dari luar Terengganu yang baru datang ke negeri kami.Kerajaan Terengganu telah menguatkuasakan satu arahan baru  tatacaraya berpakaian bagi wanita..Di harap jika tidak mahu di kenakan tindakan .di minta tidak berpakaian tidak seksi.Kerana jika anda kurang bernasib baik.anda akan di tahan oleh pihak jabatan agama dan penguatkuasa serta di perintahkan untuk mendengar kaunseling dari jabatan agama (Maidam)..

2.kepada sahabat dari luar arahan sudah bermula cuma masih belum di wartakan lagi..Setiap kali tiba waktu solat jumaat..kedai makan atau apa sahaja yang berkenaan di arahkan tutup dari jam 12.30 tgahari hingga 2.30 petang ia bagi memastikan kaum lelaki menunaikan solat jumaat dan tidak melepak ketika waktu solat di kedai serta di tempat2 awam...mohon sebarkan.tq

Ha.. dah baca?
Hmm.. nak marah? Napa nk marah? Menjalankan undang-undang Islam kan. Napa nak marah?

Jadi kalau tak nak kena surat saman maka mulalah pakai pakaian yang sopan kalau nak keluar rumah tu ye.

Sama-sama kita muhasabah diri.

Kenali tanda penyakit pada tubuh badan

Rujukan:
http://perjalanantanpahenti.blogspot.com/2012/05/tanda-tanda-penyakit-pada-diri-kita.html?m=1

Sakit sendi? Wanita? Sayangi diri sendiri

Itu ari akak bersembang dengan rakan-rakan sekerja. Ada la yang mengadu sakit urat.. sakit sendi.. sakit tulang.. sakit lutut.. sakit kaki.. pendek kata semuanya bermula ngan SAKIT...

tapi tu lah.. dah tau sakit kan.. asyik asyik cakap mende sama je.. bila tanya apa yang dibuat untuk meredakan kesakitan takde apa la pulak usahanya kan. Jadinya asyik mengomel je.. makin sakit tu la makin sakit ni..

Jadinya, bila dah tahu diri kita sakit maka seharusnya kita mula menjaga dan merawat diri sendiri. Cari penawar dan dapatkan rawatan melalui ubat-ubatan samada kaedah perubatan tradisional ataupun moden. Yang penting, kita berusaha merawat diri sendiri.

Kenapa kalau dah sakit kena rawat? Supaya sakit tu tak berpanjangan. Dan supaya kesihatan kita terjaga. Bila terjaga kesihatan maka bolehlah kita melaksanakan amal ibadat yang diperintahkan Allah sesempurna mungkin. InsyaAllah.

Jadi bagi yang rasa sakit sendi sakit tulang dan sakit yang sewaktu dengannya, cubalah rawat dengan mengambil suplemen Shaklee AJHT secara tetap. Cubalah amalkan dalam masa 3 bulan. Dan kongsikan pengalaman anda.

Kalau agak-agak nak genggam tangan pun dah sakit, janganlah ditunggu sampai umur 60 tahun. Itupun kalau kita diberi kesempatan la kan... kalau sakit sekarang, maka sekarang la kena rawatnya. Takkanlah nak tunggu tahun depan baru nak dapatkan rawatan kan.

Sekarang masanya. Jaga kesihatan kita. Kesihatan kita tanggungjawab kita.

Monday, February 23, 2015

Sebutlah SOLAT dan bukannya SEMBAHYANG

Satu perkongsian menarik dari sumber di bawah.

Rujukan:
http://aura-hikmah.blogspot.com/2012/01/kenapa-ilmu-tasawuf-susah-utk.html?m=1

Ringkasnya, solat itu dari agama islam manakala sembahYang itu berasal dari sembahan yang dilakukan oleh orang kafir. Wallahuaklam.

Sunday, February 22, 2015

Cuti CNY.. jem di mana-mana..

Hmm jem di mana-mana.. apa nak buat... terima seadanya.. sebab bukan setakat di Terengganu di Selangor di Pahang di Malaysia.. di mana-mana tempat lain pun sesak gak masa cuti ni..

Masa cuti memang hampir semua orang ambik peluang pergi berjalan-jalan makan angin bercuti bersama keluarga... dan ramai juga yang memilih untuk balik kampung jumpa mak ayah dan saudara mara.

Dah tentu pertambahan jumlah kenderaan yang keluar masuk yang berada di atas jalan jadi lebih banyak dari biasa. Memang sangat luarbiasa rasanya. Sehinggakan ketika akak menulis entri ni akak dimaklumkan bahawa keadaan yang sangat sesak sedang berlaku di Plaza Tol Bentong.. ada yang berada di situ sejak pagi.. aduhai... kesiannya.

Memang memerlukan kesabaran yang sangat sangat tinggi.. kepada pemandu.. juga penumpang.. keseluruhan orang-orang yang berada dalam kenderaan. Doa dari akak, semoga urusan perjalanan semua dipermudahkan Allah dan semua orang selamat smpai ke destinasi masing-masing.

Saturday, February 21, 2015

Kisah kedai berger kami...

Akak sambung kisah kedai berger kami. Kedai berger adik akak sebenarnya.

Kisahnya, setelah 2 minggu berniaga jualan berger telah berkurang sangat drastik sehinggakan dalam satu hari hanya dapat $4 je.

Jadi macamana nak terus berniaga kalau berterusan kan.

Nak dijadikan cerita, anak saudara akak (anak adik akak) yang berumur hampir 2 tahun telah dimasukkan ke hospital sebab muntah-muntah dan tak lalu makan. Makan apa pun muntah balik, minum susu pun muntah. Sampai dah kurus dah. Kesian betul. Kat hospital pulak tak nak dengan sapa-sapa melainkan dengan ibunya. Ibunya pulak sedang mengandung. Memang mengah la ibunya. Sangat kesian.

Lepas balik dari hospital, nak jadik citer lagi, adik ipar akak bawak la anak sedara akak ni pergi berubat secara alternatif. Di situlah bermulanya..

Dapat tahu ada yang dengki pasal adik akak ni jual berger jugak. Dan diletakkan sesuatu kat lokasi gerai berger dan jugak kat rumah adik akak. Hmm. Busuknya perangai manusia kan.

Adik akak pun bagitau, "patut la ibu jari kakinya selalu bergerak-gerak.." itu salah satu tanda unsur-unsur negatif yang berada di sekeliling kita.

Jadi sekarang ni kami sekeluarga sedang berusaha melakukan solat hajat dan memohon perlindungan Allah SWT. InsyaAllah dengan izin Allah kami sekeluarga dijauhkan dari segala kejahatan dan didekatkan dengan segala kebaikan. Amin.

Benda-benda macam ni memang berlaku di dalam masyarakat kita. Dan seringkali individu yang terkena buatan orang ni ada yang sampai membawa maut.

Akak teringat dengan arwah kakak akak yang terkena buatan orang. Sampai badannya kurus kering. Puas berubat sana sini. Namun... segala-galanya milik Allah. Dari Allah kita datang kepada Allah juga kita dikembalikan. Allahuakbar.

Friday, February 20, 2015

Scan gambar bayi - 3D 4D

Mungkin ada pembaca yang dah baca entry berkenaan adik-adik akak yang pregnant sekarang ni.

Kisahnya salah seorang adik akak bagitau pasal scan 4D.

Scan 4d ni adalah scan yang dijalankan untuk melihat keadaan bayi dalam kandungan ibu. Siap boleh tengok bayi sedang buat apa. Ada kes yang ibu-ibu cerita yang bayi tutup muka. Kemudian doktor pun cakap, "kenapa tutup muka. Turunkan tangan tu. Ibu nak tengok muka ni.." dan bayi tu pun terus turunkan tangan. MasyaAllah.

Thursday, February 19, 2015

Berniaga apa pun kena buat promosi jugak

Akak baca surat khabar dan ternampak satu iklan ni. Iklan berger je. Tapi berger ni special.

Tapi dalam pada special tu ada lagi specialnya.. beli 3 percuma 1. Hah..special tu kan.

Bila ada special promotion ni customer pun rasa teruja kan.

So peniaga-peniaga di luar sana. Hargai pelanggan anda. Berilah promosi yang berbaloi kepada pelanggan kerana

"What u give u get back"

Wednesday, February 18, 2015

Teringat kisah bonceng motor..

Citernya masa sukaneka baru ning, akak ngan abe nik balik awal sebab nk g tengok anaknda kat hostel lak lepas tu.

Abe nik datang kat sukaneka tu naik motor dan akak lak naik kereta ngan adik-adik. Tapi nak balik akak balik naik motor la ngan abe nik.

So akak pun bonceng la motor ngan abe nik... hmm.. baru je dua saat setengah naik tiba-tiba..... tiba-tiba akak dengar bunyi.. zussss...

Ingatkan apa... rupanya tayar motor dah kempis beb... tayar tak dapat menampung berat berlebihan kot.. haha..

Terpaksa la akak mintak adik akak hantar.. kebetulan la acara sukaneka yang dia nak masuk tu belum start lagi...

Tuesday, February 17, 2015

Sukaneka.. alat perpaduan masyarakat

14/2/2015

Masa balik kampung itu ari, ada sukaneka kat kampung anjuran Pemuda kampung.

Jadi banyak la acara yang ada.

Jangan tak tau.. akak ngan abe nik masuk acara bersama lempar belon berisi air. Menang tak? Haruslah.. hehe.. menangkan diri sendiri hehe.. tak   menang pun.. hehe.. seronok main je lebih.. bising je lebih.. haha.. tapi adik akak yang menang acara tu.

Kanak-kanak la yang seronok. Suka tengok diaorang main. Campur ngan mak ayah yang bagi seribu satu arahan.. haha.

Monday, February 16, 2015

Kisah diet hari ni...

Ari akak ada bengkel.

Pagi tadi akak makan roti sandwich tuna yang dibuat sendiri. Oklah tu kan.

Tapi tengahari tadi kan.. kat bengkel tu kan... menunya nasi beriani..

Macam biasa teringat la peraturannya. Kurangkan kuantiti nasi. Oklah. Memang kuantiti satu senduk je lah.. yea.. berjaya mengikut peraturan..

Walaupun hanya untuk seketika cuma....

Sebab nasi beriani tu sedap sangattt kan akak bangun pergi ambik sesenduk lagi.. huhuhu..

Bila cakap kat kawan-kawan yang akak sedang dalam usaha turunkan berat badan, mereka kata apa tau, "diet esok je..hehe"

Dan esok ada bengkel lagi.. jadi diet lusa la.. haha.

Sunday, February 15, 2015

Diet: mampu ke bertahan tanpa nasi?

Semalam akak dah start diet..caner akak diet? Akak diet makan.. bukannya diet yg tak makan tu.. haha..

Pertama-tamanya yang akak buat ialah kurangkan kuantiti pengambilan nasi. Takkan nak buang nasi terus cam tu je kan.. terkejut lak badan nanti. So dari yang sepinggan nye kuantiti akak kurangkan jadi sesenduk kecil je. Pastu semalam akak ambil ayam bakar. Sayur? Hmm.. nono.. akak ni bulanlah pencinta sayur hehe.. tapi akak ambik sambal telur.. dan sambal belacan.. dah feberet kan.. nak wak camana.. hehe..

Itu masa lunch. So masa dinner akak ingat nak makan salad.. konon la kan.. hehe.. tapi kang kesian lak kat abe nik kena gi beli semua sayuran tu so akak order beger je.. haha.. tau.. tau.. mesti korang cakap, "kata nak diet.. tapi makan beger gak".. hehe.. xpe.. kang akak cakap tadi.. pelan-pelan je.. slowly but surely. Hehe..

So akak order beger ayam tambah telur macam buat benjol tu..hehe..

Jadi semuanya akak makan dengan senang hatinya haha... kecuali daging beger ayam tu.. sebab time tengok daging beger tu macam-macam perasaan bermain di pikiran.. caner dibuat la... sapa buatlah.. hmm..jadi tak makan daging beger tu.. kalau abe nik tau maunye di ceramah.. dah tau tak nak makan daging ayam tu tak payah la order yang tu. Order je la benjol.. hmm.. ye.. ye.. point taken. Tapi tu lah.. masa order tu tak tahu lak camgitu nampak daging ayam tu.. hehe.. nasib abe nik tak tau.. haha..

So hari ni lak ada bengkel.. biasalah.. kalu bengkel ni maksudnya ada makanan.. hmm.. tak pe.. tak pe..

Peraturan 1: ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit.

Ok ok..

Jom... jom hidup dengan sihat. Kesihatan kita tanggungjawab kita.

Kenapa kita perlukan vitamin, mineral tambahan?

Sumber: MetroAhad 15/2/2015

Kenapa kita perlukan vitamin dan mineral? Orang dulu-dulu tak perlu makan vitamin dan mineral pun sihat je..

Ha.. memang soklan cepumas kan. Ni jawapannya.

Orang dulu-dulu sumber makanannya bergantung kepada sumber langsung iaitu dari hasil buruan dan tumbuhan yang diperolehi terus dari hutan. Jadi dapat je terus dah boleh diproses dimasak dan dimakan. Tak ada nak simpan lama-lama baru boleh dimakan.

Kita pulak lain sekarang ni. Ada banyak makanan yang telah diproses dan telah disimpan lama sebelum sampai kepada kita. Dan sumber ternakan pun sekarang banyak yg diberikan hormon atau antibiotik untuk mempercepatkan pembesarannya. Jadi mineral seperti boron, selenium dan magnesium yang dapat menghasilkan vitamin tidak lagi dapat diserap daripada sumber makanan tu. Banyak yang dah hilang ketika proses pemprosesan, prmbungkusan dan penghantaran.

Jadi sebab tulah kita perlukan makanan tambahan bagi memastikab keperluan vitamin dan mineral mencukupi.

Ambil cakna keperluan kesihatan badan kita. Kesihatan kita tanggungjawab kita.

Saturday, February 14, 2015

Testimoni Vita-lea Shaklee untuk kanak-kanak

Ada yang bertanyakan pasal vitalea shaklee untuk kanak-kanak ni. Sebagai seorang pengedar produk vitamin shaklee akak dah menerangkan apa yang akak tahu pasal produk ni.

Cuma di sini akak nak tanya ngan pembaca. Kalau ada testimoni yang dapat dikongsi dengan kita semua harap dapat:

Berkongsi testimoni pembaca dengan menulis di ruangan comment di sini.

Pembaca amat digalakkan berkongsi testimoni sehingga 24/2/2015.

Testimoni yang menarik hati akak yang ditulis dari hati akan menerima satu botol vitamin vitalea shaklee utk kanak-kanak dari akak.

Jadi tulis testimoni anak-anak yang mengambil vitamin vitalea shaklee di ruangan comment dan jangan lupa sertakan alamat emel.

Sharing is caring!

Pelik tapi benar.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

Ni sambungan dari kisah kemalangan di Tok Bali yang melibatkan sebuah kereta Alza dan sebuah Hilux pada 13/2/2015.

3 yang menaiki Alza telah meninggal iaitu pasangan suami isteri dan bayi mereka yang berumur 4 bulan. Mereka adalah ni adalah keluarga kepada adik ipar akak.

Semalam akak pergi menziarahi keluarga adik ipar tapi jenazah belum sampai. Jenazah sampai dari HU Kubang Kerian awal lagi. Dan dengan izin Allah ketiga-tiga jenazah telah selamat dikebumikan sesudah subuh pagi tadi.

Pemandu kereta Alza iaitu adik kepada adik ipar akak dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian. Sementara isterinya meninggal ketika di hospital. Bayi mereka pula dikatakan tercampak keluar 5 meter dan meninggal di tempat kejadian. Subhanallah.

Dan ini pula kisah pemandu hilux. Kisah ini diceritakan oleh adik akak.

Pemandu hilux juga cedera dan dibawa ke hospital. Setelah beliau sedar sepenuhnya, beliau bertanya "Mana drebar kereta Alza yang pakai baju putih tadi yang datang bersalam dengan saya. Beliau mintak maaf dengan saya sebab tak dapat kawal kereta.." setelah diberitahu pemandu kereta dah meninggal di tempat kejadian beliau tak percaya. Sebab beliau mengaku berjumpa dan bersalam dengan pemandu Alza.

Allahuakbar. Dunia roh hanya Allah Yang Mengetahuinya.

Dan diceritakan juga arwah iaitu  pemandu Alza ni merupakan orang yang sangat disenangi ramai. Seorang yang baik hati. Sentiasa dilihat berjemaah di masjid berdekatan rumahnya. Subhanallah.

Semoga Allah memberikan balasan yang baik kepada mereka dan menempatkan mereka ke dalam golongan yang dikasihi Allah. Amin.


Friday, February 13, 2015

Kemalangan selepas balik dari menziarahi Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz..

13/2/2015

Hari ni kami sekeluarga dikejutkan pula dengan berita kemalangan yang menimpa keluarga adik ipar akak, M.

8 sekeluarga yang menaiki Alza terbabit dalam kemalangan tu iaitu kakak M, adik lelaki M dan isteri serta 5 anak. Mereka dalam perjalanan pulang selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Melihat keadaan kereta pun memang sangat mengejutkan. Sangat teruk. Masya Allah.

Dalam kemalangan tu, kakak M patah tulang rusuk manakala adik M dan isterinya meninggal dunia. Bayi mereka yg berumur 4 bulan juga turut meninggal. 4 lagi anak mereka sedang dirawat.

Semoga Allah memberikan rahmat dan kasih sayang kepada arwah berdua dan Allah menempatkan mereka dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Dan semoga Allah terus memberikan kekuatan pada M sekeluarga. Sesungguhnya, Dari Allah kita datang kepada Allah juga kita kembali.

MasyaAllah... lautan manusia mengiringi jenazah arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Maha Suci Allah. Allah Maha Besar.

Lautan manusia kelihatan membanjiri jalan-jalan masuk ke kediaman dan ke masjid tuan guru bagi memberi penghormatan terakhir. MasyaAllah.

Begitu ramai manusia. Dan sesungguhnya terbukti bahawa arwah Tuan Guru mempunyai tempat yang istimewa di dalam hati mereka yang hadir.

Pemergian arwah pada malam jumaat dan dikebumikan pada pagi jumaat sememangnya sangat istimewa. Allah mengangkat darjat arwah ke tempat yang dimuliakan.

Semoga kita mendapat iktibar dari kisah Tuan Guru.

Al Fatihah buat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Semalam kita dikejutkan dengan berita pemergian Tuan Guru. Berita ini diterima dengan cukup sebak. Sebak sebab Tuan Guru bertaraf ulama. Dan selayaknya ulama diletakkan ditempat penghormatan yang tinggi sesuai dengan peranan mereka sebagai pewaris nabi dalam menyampaikan ajaran Islam.

Semoga Allah memberikan balasan syurga kepada Tuan Guru. Dan semoga rohnya dirahmati dan ditempatkan di dalam golongan yang istimewa di sisi Allah. Amin.

Thursday, February 12, 2015

Kisah kedai berger kami

Adik akak buka kedai beger kat kampung. Macam-macam beger ada..

Ayam
Daging
Kambing
Rusa
Ikan
Udang
Arnab

Memang semua ada.

Alhamdulillah.. sambutannya sentiasa ada dan menggalakkan.

Tapi itu kisah 2 minggu lepas...

Wednesday, February 11, 2015

Dah berumur tapi baru kawin.

Kawan abe nik yg umur dah 46 tahun baru je  kawin tahun lepas. Kwn abe nik ni lelaki. Tapi tulah.. jodoh semua tu diatur Allah kan.

Walaupun kawin lewat, tapi alhamdulillah beliau dah ada anak sorang dah.

Jadi kpd yg dah berusia tapi belum berkahwin, jgn bimbang. Mohon kepada Allah dan serahkan kepadaNya urusan jodoh ni.

Jenama terbaik Vitamin dan Suplemen

Ha.. best brand in nutrition.. teka company mana..

Dah tentulah Shaklee.

Produk bagus pegi mana-mana pun bagus kan.. itulah kelebihan produk vitamin Shaklee. Produknya berasaskan sumber alam semulajadi. Jadi apa lagi yg kita bimbangkan. Kan kan.. mana lagi bagus untuk tubuh badan kita? Ubat yg dibuat dari bahan kimia ke ubat yang dibuat dari tumbuh-tumbuhan? Dah tentulah dari tumbuh-tumbuhan kan.

Ternyata produk suplemen Shaklee adalah terbaik. Tak caya? Siap dapat award lagi.

Tuesday, February 10, 2015

Refleksi kita terhadap sesuatu perkara

Setengah-tengah orang ada penyokong yang cukup kuat cukup tegar. Tak kira apa saja yang dilakukan oleh mereka, penyokong akan tetap setia menyokong di belakang. Sedangkan bagi pihak lain, perkara yg dilakukannya adalah salah.

Jadi di sini mari kita perhalusi fungsi penyokong.

Sebagai penyokong, sebelum kita menyokong sesuatu, adalah perlu bagi kita memperhalusi setiap tindakan yang telah diambil. Pikirkan adakah tindakan tersebut membawa kepada kebaikan bersama ataupun tidak. Sekiranya membawa kepada kebaikan kepada ramai pihak maka tunjukkanlah sokongan kita. Tapi kalau memberi kebaikan hanya kepada pihak tertentu maka tidak wajar kita menunjukkan sokongan.

Dan lagi, apabila kita langsung tidak tahu menahu tentang sesuatu, lebih baik kita berdiam diri dan tidak menonjolkan diri kita dalam situasi itu. Dah tak tahu, macamana nak terangkan kepada orang lain? Jadi, berdiam diri. Beri peluang kepada orang lain yang lebih arif. Ataupun belajar dari yg arif dulu baru tonjolkan diri. Kan ke lebih baik macam tu.

Ya Allah. Dekatkanlah kami kepada segala kebaikan dan jauhkanlah kami dari segala kejahatan. Amin.

Monday, February 9, 2015

Manusia dan kucing...

Akak nak share satu story ni.

Jiran depan rumah akak seorang yang cukup penyayang dengan kucing. Beliau bagi makan kat kucing setiap hari macam kucing tu peliharaannya, walaupun itu bukan kucingnya. Jadi disebabkan beliau selalu bagi makan kat kucing mungkin kucing pun dah selesa dengannya.

Nak dijadikan citer, hujung minggu yang lepas jiran akak ni takde. Jadi kucing-kucing ni bila jiran tu tak de dia akan datang rumah akak. Masa tu akak kak dapur dan kucing tu pun ada tak jauh dari dapur rumah akak.. melepak lepak.. ha kucing pun lepak beb.

Kemudian dari dapur akak dengar jiran akak balik. Dengar la pintu pagar dibuka tu.. dan yang paling mengharukan er.. terharu ke.. emm.. oklah.. sekali lagi.. yg paling mengharukan akal ialah bila dengar je kereta jiran akak ni, kucing yang ada tu terus berlari ke rumah jiran akak tu.. masyaAllah.

Kat dalam episod Tanah Kubur ada jugak kisah teladan berkenaan kucing ni. Bila orang yg sayang kucing tu meninggal, kat kuburnya ada banyak kucing-kucing yang turut sama mengiringi jenazah orang tu.. masyaAllah.

Sunday, February 8, 2015

Purata umur kita.. berapa lagi sisa-sisa masa yang kita ada..

Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW wafat pada usia 63 tahun.

Dan dikatakan purata umur umat Nabi Muhammad sekarang adalah 60-65 tahun. Akak teringat ada satu laporan kajian yg mengatakan jangkahayat kaum wanita lebih tinggi dari kaum lelaki. Hmm..

Mari sama-sama kita renungkan.

Berapa umur kita sekarang? 20 tahun? Mungkin kita rasa lama lagi sebelum habis usia kita.. 40 tahun? Kita rasa masih sempat lagi meneruskan kehidupan seperti biasa.. 60 tahun? Dah hampir sangat dengan kematian... jadi wajarlah kita lebih bermuhasabah diri..

Kalau sekarang umur kita dah 75 tahun? Maknanya bonus la tu. Allah bagi umur tambahan supaya kita sebagai hambaNya berpeluang meningkatkan lagi amal ibadah dan mengumpul lebih banyak pahala.. sebelum Allah memanggil kita pulang kepadaNya.

Kadang-kadang kita lupa kepada kematian. Kita rasa kita akan hidup hingga 100 tahun lagi. Jadi kita seringkali melengah-lengahkan usaha mengumpul pahala melalui amal ibadat yang dipertanggungjawabkan ke atas diri kita. Kita lupa bahawa Allah Maha Berkuasa.. Allah yang mencipta kita.. kita hambaNya. Jadi Allah Berkuasa memanggil kita datang kepadaNya pada bila-bila masa sahaja. Itu urusan Allah. Hanya Allah yang Mengetahui bila masa kita. Manusia tidak akan dapat tahu bila masa tamatnya. Mungkin pada usia 2 bulan.. mungkin 20 tahun.. 40 tahun.. 65 tahun.. 75 tahun.. 120 tahun... Hanya Allah yang Mengetahuinya.

Cuma kita sebagai hambaNya kena sentiasa bersedia. Bagaimana? Teruskan kehidupan seperti biasa. Tetapi dengan sentiasa mengingati Allah. Sentiasa mengutamakan Allah. Dan sentiasa melakukan segala sesuatu dengan ikhlas dengan hanya mengharapkan keredhaan Allah. Berserah kepada Allah dalam setiap urusan.

Memang sukar bagi kita kerana kita ini manusia. Dan manusia itu lalai. Kita ini lalai. Jadi mari kita sama-sama muhasabah diri dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah dalam cara mana yang kita mampu.

Jadi apa cara yang mudah untuk kita mengingati Allah? Zikir adalah satu cara menghubungkan diri kita dengan Allah.

Mari kita sama-sama berusaha untuk berzikir di saat-saat kita mengingati Allah.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami yang lalai ini. Ya Allah, janganlah Kau palingkan kami dari rahmatMu. Berilah kami petunjuk dan hidayah supaya kami sentiasa mengingatiMu setiap saat Ya Allah. Kami mohon keredhaanMu Ya Allah. Amin.

Saturday, February 7, 2015

Kedai lauk banyak

Ari ni akak ambik cuti kecemasan sebab ada mak sedara abe nik meninggal. Jadi kami ke kuala terengganu.

Sampai kat rumah jenazah baru je nak disembahyangkan. Alhamdulillah abe nik sempat sembahyangkan sama. Dan  syukur urusan semuanya dipermudahkan Allah.

Selesai urusan, dah tengahari kan so  akak dan abe nik ke kedai Basir, kedai yg jual banyak lauk pauk. Macam-macam ada. Gulai ayam kampung pun ada.

Friday, February 6, 2015

Maharaja Lawak Mega 2014

Semalam layan maharaja lawak mega..

Sebelum tu dah tanya abe nik sapa yg abe nik jangka menang. Kata abe nik dia suka kalu zero menang. Dan akak pun punya pandangan yg sama. Dan ternyata zero menang besar malam tadi.

Soal rezeki Allah yang tetapkan. Kita manusia hanya disuruh berusaha. Kalau tak berusaha kita tak kan tahu banyak mana rezeki kita kan.

Tahniah zero.

Semoga menjadi teladan kepada mereka di luar sana. Bakat anugerah Allah jangan disia-siakan. Ikhlas berusaha ganjarannya pasti ada. Allah sudah mengaturnya. Janji Allah itu benar.

Thursday, February 5, 2015

Minyak plastik minyak botol..

Biasanya kalu menggoreng dengan kadar yg banyak selalunya kaum ibu akan gunakan minyak yg bungkus dalam plastik tu..

Dan bagi kita biasanya kita lebih selesa dengan minyak botol.. cap saji.. cap seri murni memang pilihan la kan..

Tapi tadi ada pulak dengar yg minyak seri murni dibuat di china.. hah? Biar betik.. adus dus..

Ya Allah, halalkan apa yang kami makan dan minum ya Allah. Janganlah Kau izinkan walau sekelumit makanan atau minuman yang dikhuatiri mengandungi unsur haram masuk ke dalam badan kami. Elakkan ianya menjadi darah daging kami ya Allah. Sesungguhnya kami ini sentiasa mencari apa yang halal bagi kami ya Allah. Berkatilah kami dengan rahmat kasih sayangMu ya Allah supaya kami sentiasa mendekatiMu ya Allah. Amin.

Wednesday, February 4, 2015

Aduhai... kena cabut gigi ni..

Gigi geraham atas dah rosak.. bukan apa.. itu hari makan ayam.. mungkin tergigit tulang nye kot.. pahtu gigi akak prapp bunyi... patah beb.. hai.. dah berumur ni gigi pun dah reput.. hmm...

So tadi g cabut gigi kat klinik gigi ni.. sebelum ni akak cabut gigi kat klinik gigi lain. Kali ni nak try klinik gigi ni..

Akak rasa perkara pertama yg kita rasa gerun bila nak cabut gigi ialah bila doktor mula-mula nak cucuk jarum tu.. dia punye rasa ngilu dan menyucuk tu yg menyebabkan kita rasa sakit tu..

Tapi akak tak tahu lah.. pengalaman akak ngan klinik gigi yg ni macam gerun sket.. sebab masa doktor nak cabut gigi tu akak boleh rasa macam banyak kali la doktor tu dok goyang-goyang gigi akak.. sampai kita boleh bayangkan macam-macam.. cuma akak perasan darahbtak banyak la..

Tapi kan.. akak rasa lepas ni kalu nak cabut gigi akak nak cabut kat klinik gigi satu lagi la.. rasa sakit gigi masa nak cabut tu sangat minima.. hmm..

Tuesday, February 3, 2015

MasyaAllah.. hebatnya kaitan waktu Dhuha dan Tahajud..

Semalam dapat message whatsup mengenai makluman peristiwa langit biru yang berlaku di Mekah. Dan waktu kejadiannya dikatakan sekitar 3.25 pagi waktu Mekah. Dan bagi Malaysia waktu tersebut ialah pada jam 8.25 pagi iaitu awal waktu Dhuha.

Maksudnya di sini ialah, pada pukul 3.25 pagi tu orang Mukmin di Mekah melakukan tahajud dan pada waktu yang sama kita di Malaysia ialah jam 8.25 pagi dan orang Mukmin bersiap untuk melakukan dhuha. Begitu besarnya perbezaan 5 jam tu.

Patutlah hadis nabi menyebut begitu besarnya kebaikan mereka yang melakukan dhuha. Rupa-rupanya pada masa kita dhuha di sebelah dunia lagi sedang melakukan tahajud. Jadinya siang dan malam ada waktu-waktunya yang Allah janjikan pahala berganda kepada hambaNya yang tekun beramal ibadat kepadaNya.

Dan disebut juga bahawa pada akhir dua pertiga malam yang akhir, Allah turun ke langit dunia. Dan Allah memperkenankan permintaan hamba-hambaNya. Dan dikatakan waktu doa yang mustajab  ini sangatlah suntuk iaitu sejurus sebelum masuk waktu Subuh. Jadi sebab tu pada waktu-waktu akhir ini digalakkan banyak berdoa.

Perkara yang sama juga berlaku pada waktu dhuha. Diberitakan bahawa lebih afdal melakukan solat dhuha pada penghujung waktunya. Kata ustaz kazim, waktu dhuha ni ialah di antara jam 8 sehingga 12 tghari. Tapi kalau jam 11.45 tu dah berada di hujung dhuha.. dah terasa sangat panas mentarinya.. jadinya ada yang kata waktu afdal ialah sekitar jam 10 - 11 gitu.

Namun terserahlah kepada kita. Yang penting istiqamah melakukan ibadat sunat ni. Pukul 8 ke, pukul 10 ke, buatlah ketika mana yang kita dapat buat. Semoga Allah menerima amal ibadat kita. Amin.

Monday, February 2, 2015

Fitnah Ilmu

Petang tadi akak bersama-sama rakan-rakan masuk kelas mentelaah kitab. Kelas informal yang membincang dan membahas tafsiran kitab alMinhaj karangan tuan pengarang bernama Engku.. lupa lak nama penuh pengarang.. buku pulak ada kat dalam kereta nun... nanti akak update semula nama pengarangnya.

Jadi tadi dibahaskan mengenai fitnah ilmu yang sedang berlaku pada zaman kita ini. Allah Maha Pemurah. Allah berikan ilmu pengetahuan kepada manusia yang meliputi segala macam disiplin ilmu. Disiplin ekonomi, sosial, agama, aeroangkasa, laut dalam, ilmu sihir.. mistik.. segala macam ilmu Allah kurniakan kepada manusia. Tinggal lagi digunakan je oleh manusia.

Pendek kata nak dapat ilmu pengetahuan tidak susah sekarang. Cukup mudah. Tanya pakcik google dah boleh dapat ilmu pengetahuan.

Cuma manusia ada yang tidak amanah dengan ilmu. Menyelewengkan fakta. Menimbulkan fitnah. Dan macam-macam lagi pensyirikan ilmu yang dilakukan oleh manusia.

Dek kerana akan hilangnya rasa penghormatan terhadap ilmu nanti, sudah disebut di dalam hadis nabi iaitu akan datang satu zaman di mana sumber ilmu pengetahuan iaitu alQuran akan dihilangkan dari dunia kita. Maka ketika itu beruntunglah sesiapa yang menghafal dan memahami alQuran.

Kita pula perlu mendidik diri supaya tidak leka dan lalai dengan ilmu sekelumit kuman yang Allah izinkan datang kepada kita. Ada yang ego melangit kerana mampu menjulang nama hebat di dalam akademik. Kata ustaz, bila merasakan diri hebat dek kerana ilmu yang ada maka ketika itu pensyirikan ilmu berlaku. Apa maksudnya pensyirikan ilmu?

Nanti kita bincangkan lain entri.

Semoga Allah memberkati kehidupan kita di dunia dan Allah memilih kita untuk berada bersama-sama dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh di syurgaNya di sana.

Sunday, February 1, 2015

Sakit badan tapi tak nak makan ubat hospital?

Mesti ada di antara kita yg sakit badan sana sini tapi tak nak bergantung dengan ubat hospital. Kenapa? Sebab ubat hospital ada unsur-unsur kimia. Bahan kimia yang berlebihan yang ada dalam badan akan menyebabkan badan kita bertoksid kan. Akibatnya, baik sekejap dalam jangkamasa pendek tapi dalam jangkamasa panjang tau-tau je lah kan.. sakit sini sakit sana..

Jadi kena bertukar kepada ubat-ubatan yang lebih selamat yang berasaskan kepada tumbuh-tumbuhan seperti homeopati ke kan.. shaklee ke.. kan.

Kesihatan kita tanggungjawab kita.

Roti titak.. hanya di AMBS

Semalam on the way menghantar anaknda ke asrama, kami berenti makan kat tempat sama yg dulu akak pernah komplen.. napa akak pergi lagi tempat sama? Sebab nak tengok dah ada perubahan ke tak.. rupanya ada la sket..

Paling ketara air minuman cepat je sampai.. oklah..

Kami order cendawan goreng, pisang goreng cheese, roti bakar dan roti titak.. ye kot titak..tatib..ntah.. lupa dah namanya.. haha.. takpe.. bunyi lebih kurang sama dah tu..

So... inilah dia rupa roti titak tu.. ada telur separa masak kat atas roti.. ngan jem kat penjuru roti..

Sedap ke tidak? Kena datang AMBS dan cuba sendiri la.. haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!