Monday, March 31, 2014
Guru-guru, PBS, Menteri dan Pendidikan Negara
"Kita tetap akan meneruskan sistem PBS kerana ini yang dimahukan semua rakyat, kita tidak akan sesekali memansuhkan, hanya menangguhkan untuk penambahbaikan" - Datuk Seri Idris Jusoh
https://www.facebook.com/sgmmalaysia
Mereka yang mahukan PBS dimansuhkan telah ditukarkan serta-merta!
Pertukaran guru-guru terbabit dinafikan oleh Timbalan Perdana Menteri.
Aiiii... jadinya, mana satu yang betul ni?
Jom dengar apa kata Prof Ungku Aziz!
Kata orang tua-tua, " batu yang sentiasa bergolek manakan dapat mengumpul lumut."
Kata orang muda, "buat apa nak kumpul lumut? buang masa je.. "
Hakikatnya, kalau sesuatu perkara tu sentiasa je diubah-ubah, macamana nak dapat kesan yang optimum?
err.. tapi relevan ke peribahasa tu ngan isu pendidikan ni ye.. err.. urmm..hmmm
Sunday, March 30, 2014
Perjalanan dari Melaka ke Terengganu ikut GPS- Laluan 'The Shortest and The Quickest Route'
Selesai tahlil, selepas makan, pada pukul 10 malam, kami bertolak balik ke Terengganu. yelah, ikutkan nak tinggal lama lagi, tapi ada lagi urusan lain yang perlu diambil kira, jadi kami pulang malamnya juga.
Tambahan pula, kami nak elakkan dari trafik yang sesak keesokkan hari. sebab yelah, cuti sekolah dah berakhir, masing2 nak balik semula ke rumah, mesti jam teruk nye.
yang kesiannya, adik akak yang kebetulan berada di langkawi, sebaik dapat tahu berita kematian kakak, terus ambik tiket naik bas paginya... pukul 8 malam belum sampai ke melaka sebab jam teruk sangat kat hiway katanya.. hmm.
Dalam perjalanan pulang dari Melaka ke Terengganu, abe nik bagitau akak nak lalu ikut Pasir Besar. Jadi dari umbai akak set gps ke Pasir Besar. Kemudian dari Pasir Besar akak set pulak ke Muadzam. dari Muadzam tu memang tak de masalah lah sebab kami dah tahu laluannya.
Saturday, March 29, 2014
Ya Allah, kami semua hambaMu dan milikMu
Friday, March 28, 2014
Perjalanan ke Melaka dari Terengganu dengan GPS
Disebabkan ada adik akak yang tinggal di Dungun ikut serta, jadi beliau suami isteri bertolak dari Dungun. Akak bagitau mintak diaorng tunggu selepas tol Jabor. Alhamdulillah, kami bertemu selepas tol Jabor tu seperti dirancang.
Memandangkan laluan ke Melaka ni banyak - ikut Segamat - Tangkak pun boleh. ikut Gemencih, Gemas, Sungai Dua, Pasir Besar, Selandar jadi kami pun konfius jugak nak lalu ikut laluan mana satu. Tapi sebab akak kira jadi kepala la, semua yang kat belakang follow je. Abe nik kata nak lalu ikut Bahau. Jadi dari Kuala Berang ke Muadzam ke Simpang Bahau tu abe nik macam dah confirm la. Lepas tu abe nik lak macam konfius pulak.. mak aii.. jangan main ingat tak ingat lak.. Jadi dari situ kami set gps ke Umbai Melaka ikut 'the shortest route.'
Thursday, March 27, 2014
Al-Fatihah kepada kekanda ku Mahani (1969-2014)
Petang Kamis, lepas keje akak n famili balik kampung. Kebetulan terima jemputan majlis kawin warga kampung esoknya Jumaat.
Jadi sampai kat kampung, akak terus singgah kat kedai mak. Sempat la tolong mak uruskan kedai. Mak pulak kemudiannya pegi jenguk persiapan kat rumah kenduri kawin tu, tolong apa patut..
Kul 6 petang, akak dapat call dari abang ipar, abang joe,
"izan, abang nak mintak ko datang Melaka sekarang jugak!"
Akak dah suspen, "kenapa bang?"
Lambat-lambat je abg joe cakap, "abg kat sepital ni. kak ani dah tak de."
hah? akak tak caya. Baru 3 hari lepas akak sembang ngan kakak..
akak dah sebak.. dah menangis.. akak tanya balik.. "Betul ke bang?. kenapa.. macamana..."
kata abg joe, "udin accident. ada kat hospital. jadi ada orang datang bagitau kak ani. kak ani terkejut, kemudian tak sedar. ambulan datang ambik bawak ke sepital, doktor sahkan akak ani dah takde..."
Ya Allah. Innalillahiwainnailaihirajiun.
Sebagai manusia biasa, kami sekeluarga merasa sangat-sangat sedih di atas pemergian kakak secara tiba-tiba. Sebagai hamba Allah, kami redha. Doa kami adik-beradik dan keluarga semua, semoga arwah kakak ditempatkan di dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.
Malamnya, kami sekeluarga berkonvoi 4 buah kereta bertolak ke Melaka pada pukul 8.15 malam.
Tuesday, March 25, 2014
Bila kita dah tinggalkan dunia.. apa harapan kita terhadap anak yang ditinggalkan?
Apabila telah mati seorang manusia, maka putuslah amalnya kecuali 3 perkara:
1. Sedekah jariah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Anak yang soleh yang mendoakan untuknya
(Riwayat Muslim)
Monday, March 24, 2014
Kembali kepada Allah
Ekoran peristiwa MH370, terlalu banyak coretan dan pandangan yang diterima dari orang ramai, dari pihak pengurusan kerajaan hinggalah ke pihak bawahan.. bahkan budak kecik umur 5 tahun pun siap boleh cerita pasal misteri kehilangan MH370 ni..
Disebalik segala kontroversi dan cerita2 misteri alam, mari kita sama2 muhasabah diri... merenung diri akan kekurangan dan kelemahan kita sebagai manusia.
Pada logik akal, memang amat mustahil kapalterbang yg sebegitu besar boleh hilang dan tidak dapat dijumpai dengan segala teknologi canggih di dunia ni. TAPI semua kejadian yang berlaku adalah KEHENDAK Allah dan dalam kekuasaan Allah. Kita semua adalah hamba-Nya. Jadi sebagai hamba, kita mestilah redha dengan ketentuan-Nya.
Memang terlalu senang untuk bercakap kan.. ye.. kita ni manusia, manakan mungkin kita sentiasa senyum dan pasrah apabila diuji dengan pelbagai dugaan. Kita semua pernah dan sentiasa mengeluh, menangis merenung nasib diri, menginsafi diri dan sebagainya... dan itu semua adalah perkara yang membawa kepada kebaikan kita sebenarnya... memberikan kita harapan untuk berusaha ke arah pembentukan diri yang lebih baik lagi.. Allah ingin mengajar kita sesuatu.. sesuatu yang kita tidak tahu..
Dikatakan, apabila kita seorang yang pembengis, Allah uji kita dengan situasi2 yang mencetus kepada tindakan emosi bengis kita.. dan yang sebenarnya, Allah uji kita sedemikian supaya kita sedar keadaan diri yang tidak sempurna, seterusnya memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. sama-sama kita mendidik diri ke arah minda yang positif.
Sunday, March 23, 2014
Model seksi pun jadi calon wakil rakyat
MetroAhad 23 Mac 2014
Macam2 hal... pelik pun ada kan.. kalau dulu utk pilih ketua atau wakil rakyat, seseorang tu dipilih disebabkan kebijaksanaan dan kepimpinannya.. ketua yg bijak dan boleh memimpin dgn adil dan saksama memang lah jadi pilihan semua orang tak kira kat mana.. kat india ke kat london ke kat africa ke kan..
Tapi skrg ni wakil rakyat boleh la pulak dipilih dari artis.. yg seksi lagi.. hmmmm
Saturday, March 22, 2014
Hilang nyawa ketika menonton konsert
MetroAhad 16 Mac 2014
Tiga lelaki tiga wanita maut ambil dadah berlebihan.
Berusia 19-27 tahun. Pelajar.
Hmm.. alangkah sayangnya.. bergelar PELAJAR memang pahalanya sangattttt banyak. Yelah.. perjuangan menuntut ilmu kan.. jihad dalam ilmu.
Tapi pelajar yang melakukan aktiviti yg boleh merosakkan akal pikiran adalah mereka yg tidak jujur kepada ilmu. Sukar utk difahami hakikat perjuangan menuntu ilmu pelajar2 skrg.. ada yg terpaksa dipaksa.. macam2..
Kepada pelajar2 semua, betulkan niat menuntut ilmu semoga Allah memberkati usaha kalian. Allah Maha Kaya dan Maha Berkuasa.. kita tak mintak pun Allah bagi apa yg kita nak sebab Allah nak tengok sejauh mana kita ingatkan Allah.
Rasanya kalaulah pelajar2 ingatkan Allah boleh dikatakan kunjungan ke tempat2 ataupun aktiviti2 yg tidak sepatutnya dapat dielakkan. Tapi perkara ni melibatkan jati diri yg bukan sedikit. Dan jati diri bukan sehari dua boleh dibentuk.. perlukan masa..
Jadi ayah dan ibu sekelian, mari kita muhasabah diri. Kenapa? Sebab kita perlukan doa anak yang ingatkan Allah untuk mendoakan kita nanti. Andai anak tidak ingatkan Allah mungkin sukar utk mereka mendoakan kita.
Doa anak mampu menghindarkan kita dari azab kubur. MasyaAllah.
Friday, March 21, 2014
Akhirnya misteri kehilangan MH370 terjawab
Wednesday, March 19, 2014
Buang mayat tepi jalan
Tuesday, March 18, 2014
Perlu dapat reda ibu bapa
Monday, March 17, 2014
Kisah anak dok asrama...
Tadi akak sembang ngan sorang rakan sekerja. Katanya dia dlm dilema skrg ni samada nk bg anak dok asrama ke tidak tahun depan ni.. skrg anaknya tahun 6.. insyaAllah kalau diizinkan Allah dan lulus cemerlang beliau terpikir2 la jugak samada nak bagi ke tidak anak pompuan dok asrama..
Akak bgtau, ni semua bergantung kpd perspektif ibubapa masing2. Bila ditanya kat akak, akak bgtau akak rela anak akak dok asrama atas beberapa sebab.
1- modul P&P kat sekolah tu memang bagus
2- anak boleh berdikari
3- kalau anak x dok asrama memang tengok tv je kot kejenye...
So semuanya memang untuk masa depan anaklah..
Hmmm.. jadinya mggu lepas akak g jenguk anak.. macam biasalah.. sebelum pegi tu banyaklah pesanan-pesanan penaja dari anak.. nak suruh beli tu la.. beli ni la.. sabo je laa..
Akak perasan anak akak ni macam banyak betul alasannya utk pastikan kami dtg jenguk dia.. mulalah dia bgtau, "mami, ada tertinggal ni la.. tu la..." macam2.. setakat ni mmg every week la pegi tgk.. sebelum ni lagi la.. selang 3 hari.. tapi lepas akak bagi ceramah sket mntak dia faham keje mak ayah barulah ok sket..
Rupanya bukan kami je mak ayah yg datang jenguk sokmo-sokmo atas perintah anak, rupanya ramai lagi mak ayah macam tu.. ada tu datang dari Besut.. 1 jam setengah baru sampai.. tapi setakat ni belum lagi miss datang jenguk anak. Hmmm.. rupanya anak2 rasa rindu kat mak ayah. Sebab tu lah macam2 alasan bagi.. sebenarnya nak tengok mak ayah..
Dan memang setiap kali mak ayah nak balik, memang hujan air mata la.. mak ayah pun sob sob..
Sunday, March 16, 2014
Operasi menyelamat MH370
Saturday, March 15, 2014
Kasihnya ayah
Friday, March 14, 2014
Visual yang akan pupus..
Thursday, March 13, 2014
Kasihnya anak....
Wednesday, March 12, 2014
Senangnya dapat gelaran profesor
Tuesday, March 11, 2014
Halal kah makanan yang kita makan?
Monday, March 10, 2014
Penat mengulangkaji.. dah tepu.. tak masuk otak...
omega 3
B complex
Lecithin
madu
ginko biloba
Sunday, March 9, 2014
Bagaimana keadaan kita di hujung usia?
Saturday, March 8, 2014
Kasihnya ayah kejamnya anak..
Friday, March 7, 2014
Masa tua.. berapa nilai RM yang kita ada?
- rumah untuk tinggal
- sumber kewangan untuk menampung kehidupan seharian