Sampainya kami kat rumah kakak, kami disambut oleh abg joe sekeluarga dengan penuh emosi. Memang sangat sedih.
Akak terus meluru ke tempat arwah ditempatkan di ruang tengah. Akak buka kain yang menutup wajah arwah. Hati akak sangat sayu. Sangat hiba. Sangat sedih. Kemudian, akak, mak dan adik2 yang lain membacakan Yasin kepada arwah kakak.
Pagi esoknya hari Jumaat, urusan memandikan dan mengkafankan mayat dilakukan dan jam 10 pagi sudah bersedia untuk dikebumikan.
"Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosa arwah kakak. Kau tempatkanlah arwah di dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin."
Akak snap gambo untuk kenangan akak. Dan akak sedih sangat bila tengok gambar di bawah.
Yang duduk di kerusi berbaju biru memegang tongkat ialah udin, anak sedara akak. satu-satunya anak lelaki arwah kakak. Masa dipanggil untuk melihat wajah maknya buat kali terakhir sebelum kain kafan ditutup, akak pimpin udin bawak dekat dengan arwah supaya dia boleh cium maknya.
Akak sungguh hiba bila bukan sekali dia cium, 2 kali dia cium wajah arwah. Selepas cium kali pertama akak ingatkan udin dah nak gerak bangun, jadi akak pegang bahunya nak bantu bangun. tapi dia duduk tegak sekejap. Lepas tu dia bongkokkan badan sekali lagi nak cium arwah. Akak memang menangis, air mata tak henti2 mengalir. Semua yang ada menangis sama.
Udin memang sangat rapat dengan arwah. Cakap la apa saja masakan kegemaran udin, memang arwah akan sediakan. Disebabkan accident tu, kaki udin terseret dan berjahit.
Ya Allah, kami semua hamba-Mu dan milik-Mu. Kami redha dengan segala ujian-Mu. Berikanlah kami petunjuk-Mu agar jalan yang kami lalui mendekatkan kami kepada-Mu ya Allah, jalan yang membawa kami ke syurga-Mu ya Allah. Amin.
No comments:
Post a Comment