Tadi akak sembang ngan sorang rakan sekerja. Katanya dia dlm dilema skrg ni samada nk bg anak dok asrama ke tidak tahun depan ni.. skrg anaknya tahun 6.. insyaAllah kalau diizinkan Allah dan lulus cemerlang beliau terpikir2 la jugak samada nak bagi ke tidak anak pompuan dok asrama..
Akak bgtau, ni semua bergantung kpd perspektif ibubapa masing2. Bila ditanya kat akak, akak bgtau akak rela anak akak dok asrama atas beberapa sebab.
1- modul P&P kat sekolah tu memang bagus
2- anak boleh berdikari
3- kalau anak x dok asrama memang tengok tv je kot kejenye...
So semuanya memang untuk masa depan anaklah..
Hmmm.. jadinya mggu lepas akak g jenguk anak.. macam biasalah.. sebelum pegi tu banyaklah pesanan-pesanan penaja dari anak.. nak suruh beli tu la.. beli ni la.. sabo je laa..
Akak perasan anak akak ni macam banyak betul alasannya utk pastikan kami dtg jenguk dia.. mulalah dia bgtau, "mami, ada tertinggal ni la.. tu la..." macam2.. setakat ni mmg every week la pegi tgk.. sebelum ni lagi la.. selang 3 hari.. tapi lepas akak bagi ceramah sket mntak dia faham keje mak ayah barulah ok sket..
Rupanya bukan kami je mak ayah yg datang jenguk sokmo-sokmo atas perintah anak, rupanya ramai lagi mak ayah macam tu.. ada tu datang dari Besut.. 1 jam setengah baru sampai.. tapi setakat ni belum lagi miss datang jenguk anak. Hmmm.. rupanya anak2 rasa rindu kat mak ayah. Sebab tu lah macam2 alasan bagi.. sebenarnya nak tengok mak ayah..
Dan memang setiap kali mak ayah nak balik, memang hujan air mata la.. mak ayah pun sob sob..
No comments:
Post a Comment