Monday, March 3, 2014

Budi bahasa budaya siapa? Kisah guru dan anak murid

Diceritakan yang cikgu menegur pelajar dan natijahnya, pelajar memprotes cikgu tersebut. Semua kemudahan ICT terkini digunakan untuk memalukan cikgu dengan memaki-hamun dan mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya.

hmmmm...

Sumber: HarianMetro 21 Feb 2014
 

Dulu, pelajar2 cukup menghormati cikgu. Mungkin jugak zaman dulu, cikgu2 memang mengajar dengan nawaitu yang betul. Sekarang ning ntahlah.. ada cikgu yang memang langsung tak minat jadi cikgu pun akhirnya jadi cikgu.. kalau yang sebelum ni tak minat tapi akhirnya berminat takpelah... tapi ada yang sampai sudah tak minat.. tengok muka pelajar pun dah naik menyampah.. kerjanya komplen memanjang..

Lepas tu bila time hari guru tau pulak terima banyak hadiah dari anak murid, senyum jugak. Tapi ada juga yang siap buat lagu untuk anak murid nyanyikan masa hari guru, lagu yang kononnya nak bagitau cikgu2 lah kerjaya yang paling sibuk sekali kat dunia ni.. errr jangan tak tau.. akak pernah tengok ngan mata kepala akak sendiri tau.. ada satu lagu yng sepatutnya budak2 kelas nyanyikan sekelas untuk buat persembahan hari guru. Guru kelas siap ubahsuai lirik lagu.. akak nak postkan je gambo kertas lirik lagu yang akak capture ituhari, tapi atas sebab2 tak nak memanjangkan perkara ni akak rasa tak payahlah..

cuma dalam lirik tu akak masih ingat ada tertulis 

"cikgu sekarang bukan cikgu yang dulu
dulu cikgu sekarang hanya kuli..."

alahai cikgu2 sekelian, kita semua ni kuli..

bersyukurlah kita jadi kuli sebab, dengan jadi kuli kita ada gaji.

Bersyukurlah.. anda berada di tangga kerjaya yang sangat baik dari kerjaya sesetengah pekerjaaan lain.

 Apa-apa pun, mak ayah!
DIDIK ANAK MENGHORMATI GURU!


Dan GURU-GURU,

Pelihara profesion perguruan yang sentiasa dihormati sepanjang zaman ini. Guru yang baik akan sentiasa dikenang oleh anak murid. 

Sebab itulah kita kata - Guru, jasamu dikenang!
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!