Petang Kamis, lepas keje akak n famili balik kampung. Kebetulan terima jemputan majlis kawin warga kampung esoknya Jumaat.
Jadi sampai kat kampung, akak terus singgah kat kedai mak. Sempat la tolong mak uruskan kedai. Mak pulak kemudiannya pegi jenguk persiapan kat rumah kenduri kawin tu, tolong apa patut..
Kul 6 petang, akak dapat call dari abang ipar, abang joe,
"izan, abang nak mintak ko datang Melaka sekarang jugak!"
Akak dah suspen, "kenapa bang?"
Lambat-lambat je abg joe cakap, "abg kat sepital ni. kak ani dah tak de."
hah? akak tak caya. Baru 3 hari lepas akak sembang ngan kakak..
akak dah sebak.. dah menangis.. akak tanya balik.. "Betul ke bang?. kenapa.. macamana..."
kata abg joe, "udin accident. ada kat hospital. jadi ada orang datang bagitau kak ani. kak ani terkejut, kemudian tak sedar. ambulan datang ambik bawak ke sepital, doktor sahkan akak ani dah takde..."
Ya Allah. Innalillahiwainnailaihirajiun.
Sebagai manusia biasa, kami sekeluarga merasa sangat-sangat sedih di atas pemergian kakak secara tiba-tiba. Sebagai hamba Allah, kami redha. Doa kami adik-beradik dan keluarga semua, semoga arwah kakak ditempatkan di dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.
Al-Fatihah untuk kekanda yang dikasihi.
Malamnya, kami sekeluarga berkonvoi 4 buah kereta bertolak ke Melaka pada pukul 8.15 malam.
No comments:
Post a Comment