Saturday, March 22, 2014

Hilang nyawa ketika menonton konsert

MetroAhad 16 Mac 2014

Tiga lelaki tiga wanita maut ambil dadah berlebihan.

Berusia 19-27 tahun. Pelajar.

Hmm.. alangkah sayangnya.. bergelar PELAJAR memang pahalanya sangattttt banyak. Yelah.. perjuangan menuntut ilmu kan.. jihad dalam ilmu.

Tapi pelajar yang melakukan aktiviti yg boleh merosakkan akal pikiran adalah mereka yg tidak jujur kepada ilmu. Sukar utk difahami hakikat perjuangan menuntu ilmu pelajar2 skrg.. ada yg terpaksa dipaksa.. macam2..

Kepada pelajar2 semua, betulkan niat menuntut ilmu semoga Allah memberkati usaha kalian. Allah Maha Kaya dan Maha Berkuasa.. kita tak mintak pun Allah bagi apa yg kita nak sebab Allah nak tengok sejauh mana kita ingatkan Allah.

Rasanya kalaulah pelajar2 ingatkan Allah boleh dikatakan kunjungan ke tempat2 ataupun aktiviti2 yg tidak sepatutnya dapat dielakkan. Tapi perkara ni melibatkan jati diri yg bukan sedikit. Dan jati diri bukan sehari dua boleh dibentuk.. perlukan masa..

Jadi ayah dan ibu sekelian, mari kita muhasabah diri. Kenapa? Sebab kita perlukan doa anak yang ingatkan Allah untuk mendoakan kita nanti. Andai anak tidak ingatkan Allah mungkin sukar utk mereka mendoakan kita.

Doa anak mampu menghindarkan kita dari azab kubur. MasyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!