Friday, March 14, 2014

Visual yang akan pupus..

 Petang semalam akak ngan abe nik gi makan malam.. kat kedai tu pulak ada satu tempat rehat yang digunakan oleh warga berdekatan untuk lepak-lepak. Bukan setakat sembang-sembang dengan kawan-kawan, tetapi jugak ada sesi menguji minda.. hah? uji apa? uji minda.. ai.. takkan la tempat tu boleh uji minda..
 
eh apa la tak boleh.. nak uji minda bukan hanya ngan test IQ atau EQ..
 
jangan tak tau.. main dam pun menguji minda jugak tau..
 
bukan senang nak menang tau dalam permainan dam aji.. semua kena ada teknik.. jadi kena banyak pk.. macam main catur lah.. tapi catur tu permainan orang luar.. permainan tradisional kita ialah main dam.
 
tengok tu... kusyuk sungguh atuk2 tengah memerah otak ni..
 
 
dan visual yang kita tengok dalam gambar tu lama-kelamaan akan pupus.. nanti dah takde nya lagi orang2 datang lepak semata-mata nak main dam aji..
 
zaman kita sekarang ni pun dah letih melayan segala macam gajet.. mana ada masa nak main dam aji.. nak dok lepak2 ramai2..
 
abis2 main Sudoku dalam tepon..kan..
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!