Sunday, March 30, 2014

Perjalanan dari Melaka ke Terengganu ikut GPS- Laluan 'The Shortest and The Quickest Route'

Kami dimaklumkan yang tahlil diadakan di masjid selepas solat Jumaat. Jadi malamnya tiada tahlil diadakan dirumah. Cuma sebab dah jadi budaya kami kat Terengganu buat tahlil sebelah malam pada hari kematian, jadi sebelah malamnya, abg joe dan kami adik beradik buat tahlil, diketuai oleh abe nik.

Selesai tahlil, selepas makan, pada pukul 10 malam, kami bertolak balik ke Terengganu. yelah, ikutkan nak tinggal lama lagi, tapi ada lagi urusan lain yang perlu diambil kira, jadi kami pulang malamnya juga. 

Tambahan pula, kami nak elakkan dari trafik yang sesak keesokkan hari. sebab yelah, cuti sekolah dah berakhir, masing2 nak balik semula ke rumah, mesti jam teruk nye. 

yang kesiannya, adik akak yang kebetulan berada di langkawi, sebaik dapat tahu berita kematian kakak, terus ambik tiket naik bas paginya... pukul 8 malam belum sampai ke melaka sebab jam teruk sangat kat hiway katanya.. hmm.

Dalam perjalanan pulang dari Melaka ke Terengganu, abe nik bagitau akak nak lalu ikut Pasir Besar. Jadi dari umbai akak set gps ke Pasir Besar. Kemudian dari Pasir Besar akak set pulak ke Muadzam. dari Muadzam tu memang tak de masalah lah sebab kami dah tahu laluannya.






memang  cepat je sampai. kami bertolak kul 10 mlm, sampai kat dungun kul 3.30 pagi. cuma berenti rehat dan isi minyak setengah jam je. kiranya 5 jam la dah boleh sampai Terengganu kalau drive non-stop. so next time kalau kami ke Melaka, kami pasti akan set laluan ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!