MetroAhad 16 Mac 2014
Mayat seorang lelaki warga asing ditemui dengan hanya berkain pelikat. Mangsa dipercayai mati akibat jangkitan pada paru-paru. Dikatakan juga mangsa masuk ke Malaysia melalui sindiket. Jadi bila dah sakit dah tak boleh buat kerja dah meninggal tak de sorang pun yang ambik peduli. Boleh main campak la mayat tepi jalan. Bukan nak tolong kebumikan ke apa ke.. yelah nak kebumikan pun kena guna duit jugak kan..hmmm.
Jadi kita sebagai umat Islam tentunya kita nak sangat bila kita dah mati nanti mayat kita diuruskan sebaik mungkin kan. Ada yg tolong bacakan talkin nye.. ada anak yg tolong doakan kita kan. Jadi nak kena pastikan jugak kelompok komuniti kita ada org Islam yg boleh kita harapkan utk bantu uruskan urusan membawa masuk kita ke alam lain. Jadi berbuat baik kpd semua orang Islam du sekeliling kita. Kita tak tau bila kita perlukan bantuan mereka.
Janganlah merasa kita ni hebat la sangat kan.. sampai merendahkan kemampuan orang lain. Kaya mana pun kita hebat mana pun kita masih lagi kita perlukan kepada bantuan manusia lain bila masa kita tiba.
Sama2 kita muhasabah diri.
No comments:
Post a Comment