Membaca artikel "Berapa RM hari tuaku" seperti yang dipaparkan di bawah cukup menginsafkan akak. Ianya mengingatkan kita bahawa akan tiba satu hari di mana kita nanti berada di hujung usia.. keseorangan.. anak-anak sudah dewasa.. sudah mempunyai keluarga sendiri.. kita? sendirian meneruskan hidup. Itu hakikat kehidupan.
Sumber- HarianMetro 28 Feb 2014
Dan apabila kita sudah tua, mungkin kita berharap pada sokongan dan bantuan anak2.. yelah.. kita dah berkorban banyak untuk anak2 takkan lah masa kita tua mereka langsung tak nak jaga kebajikan kita..
Itu kata kita.. hakikatnya.. setiap keluarga mempunyai tanggungan dan tanggungjawab masing2.. sebagai ibu bapa tentunya kita pun tidak sanggup untuk menyusahkan anak2 kan.. jadi hakikatnya, kita tidak boleh bergantung harap dan serahkan tanggungjawab pada mereka bulat2..
Jadinya, apa yang perlu kita buat sekarang ni?
Kita perlu fikirkan hari tua kita nanti.. mulakan simpanan hari tua.. sedikit2 lama2 jadi bukit.. pastikan juga kita ada rumah untuk berteduh nanti. seboleh-bolehnya nama kita lah.. jadi orang lain tak boleh ganggu kita kan..
Bagi yang mampu, mungkin boleh laburkan dalam sebarang bentuk simpanan lain yang boleh memberikan manfaat di hari tua nanti.. tapi yang penting, perlu ada
- rumah untuk tinggal
- sumber kewangan untuk menampung kehidupan seharian
Sama-sama muhasabah diri!
No comments:
Post a Comment