Friday, March 28, 2014

Perjalanan ke Melaka dari Terengganu dengan GPS

Perjalanan ke Melaka disertai oleh akak sekeluarga dan adik beradik yang lain. Dari Kuala Berang, kami sekeluarga bertolak ke Melaka melalui hi-way Bukit Besi. dan kebetulan hi-way Bukit Besi sudah boleh sampai ke paka, jadi alhamdulillah lancar trafiknya.

Disebabkan ada adik akak yang tinggal di Dungun ikut serta, jadi beliau suami isteri bertolak dari Dungun. Akak bagitau mintak diaorng tunggu selepas tol Jabor. Alhamdulillah, kami bertemu selepas tol Jabor tu seperti dirancang.

Memandangkan laluan ke Melaka ni banyak - ikut Segamat - Tangkak pun boleh. ikut Gemencih, Gemas, Sungai Dua, Pasir Besar, Selandar jadi kami pun konfius jugak nak lalu ikut laluan mana satu. Tapi sebab akak kira jadi kepala la, semua yang kat belakang follow je. Abe nik kata nak lalu ikut Bahau. Jadi dari Kuala Berang ke Muadzam ke Simpang Bahau tu abe nik macam dah confirm la. Lepas tu abe nik lak macam konfius pulak.. mak aii.. jangan main ingat tak ingat lak.. Jadi dari situ kami set gps ke Umbai Melaka ikut 'the shortest route.'



 
Jadi, kami ikut je la map tu. Akak ingat la lalu Palong, Selandar, Batang Melaka.. tapi akak rasa macam lama la pulak nak sampai.. jalannya pulak aduhai asyik bersimpang siur... kejap 90 darjah kiri pastu kanan.. pening betul.. yang best pasal gps ni ialah kalau kita terlepas jalan pun sistem masih boleh terima jalan alternatif.. cumanya jauh dekat je la.. ada la 2-3 jalan yang kami missed..adoiii..

kul 4 pagi kami sampai ke rumah kakak. kiranya 8 jam, tapi tolak masa 2 jam untuk berenti sembahyang dan berenti makan kira oklah kan.

Tapi akak bagitau abe nik, tak nak lalu ikut tadi lagi.. jalan asyik pusing sini pusing sana.. kepala pun naik pusing..


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!