Monday, March 24, 2014

Kembali kepada Allah

Tazkirah:

Ekoran peristiwa MH370, terlalu banyak coretan dan pandangan yang diterima dari orang ramai, dari pihak pengurusan kerajaan hinggalah ke pihak bawahan.. bahkan budak kecik umur 5 tahun pun siap boleh cerita pasal misteri kehilangan MH370 ni.. 

Disebalik segala kontroversi dan cerita2 misteri alam, mari kita sama2 muhasabah diri... merenung diri akan kekurangan dan kelemahan kita sebagai manusia.

Pada logik akal, memang amat mustahil kapalterbang yg sebegitu besar boleh hilang dan tidak dapat dijumpai dengan segala teknologi canggih di dunia ni. TAPI semua kejadian yang berlaku adalah KEHENDAK Allah dan dalam kekuasaan Allah. Kita semua adalah hamba-Nya. Jadi sebagai hamba, kita mestilah redha dengan ketentuan-Nya.

Memang terlalu senang untuk bercakap kan.. ye.. kita ni manusia, manakan mungkin kita sentiasa senyum dan pasrah apabila diuji dengan pelbagai dugaan. Kita semua pernah dan sentiasa mengeluh, menangis merenung nasib diri, menginsafi diri dan sebagainya... dan itu semua adalah perkara yang membawa kepada kebaikan kita sebenarnya... memberikan kita harapan untuk berusaha ke arah pembentukan diri yang lebih baik lagi.. Allah ingin mengajar kita sesuatu.. sesuatu yang kita tidak tahu.. 

Dikatakan, apabila kita seorang yang pembengis, Allah uji kita dengan situasi2 yang mencetus kepada tindakan emosi bengis kita.. dan yang sebenarnya, Allah uji kita sedemikian supaya kita sedar keadaan diri yang tidak sempurna, seterusnya memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. sama-sama kita mendidik diri ke arah minda yang positif.

MetroAhad 16 Mac 2014
 

Dalam artikel di atas, diceritakan kisah akhir zaman.

1- Akan datang kemarau yang panjang
2- Orang benar dikatakan berbohong dan orang berdusta dikatakan benar
3- Orang khianat diberi amanah dan orang yang amanah dikatakan khianat

Sama-sama muhasabah diri.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!