Dah lama kita bekerja bersama-sama.. suka duka semuanya ditempuhi bersama..
Dan hari ni.. ada kawan yang dah pencen.. dan akan pencen.. tahun ni.. tahun depan...
Hai.. cepatnya masa berlalu kan..
Dan juga ada juga kawan yang telah pun pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya...
Mengingatkan kita juga bahawa hidup ni sesungguhnya satu perjalanan. Dalam kita berjalan bersama-sama, ada yang terjatuh lebih awal... ada yang berhenti di perhentian.. namun kita kena teruskan perjalanan.. perjalanan menuju Jannah. Itu tujuan kita.
Semua orang berjalan... dalam perjalanan harus ada yang dikutip buat bekalan... bekalan untuk teruskan hidup supaya kuat dan sihat untuk terus berjalan.. dan juga yang paling penting berlumba-lumba mengutip tiket untuk check-in ke Taman Jannah nanti. Tiket apa? Tiket pahala.
No comments:
Post a Comment