Wednesday, January 6, 2016

Tertidur di luar sekolah tunggu ibu bapa datang ambil

Dapat maklumat dari group akak. Berkenaan seorang pelajar sekolah rendah di Kemaman yang ketiduran sementara menunggu ibubapa datang ambil.

Aduhai.. kesiannya... dan bahayanya..

Nak salahkan sapa?

Tak payah salah menyalah..

Semua pihak kena ambik cakna.

Pak guard kena tengok pelajar sekolah.. jenguk la kat luar pondok pengawal tu tengok apa jadi kat pelajar yang sedang menunggu penjaga datang ambil..

Mungkin boleh mintak mereka tunggu dalam kawasan sekolah ke.. pastinya ada ruang menunggu di dalam kawasan sekolah yang berhampiran dengan pintu pagar sekolah.. jadi pelajar boleh nampak kenderaan ibubapa atau penjaga yang datang.

Ibubapa dan penjaga pun kena prihatin. Pesan kepada pelajar minta mereka tunggu dalam kawasan sekolah. Minta pelajar telefon ibubapa/penjaga sekiranya mereka belum sampai.

Pihak pengurusan sekolah pun kena prihatin juga.. jangan biarkan pelajar berseorangan tunggu di luar kawasan sekolah.. biar pelajar tunggu dalam kawasan sekolah.. sekurang-kurangnya ada pak guard.. janganlah tutup pintu pagar sekolah selepas waktu pulang kalau masih ada pelajar.. mungkin ada kesulitan ibubapa/penjaga ketika itu mana tahu kan..

Sama-sama kita berkerjasama...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!