Sunday, January 10, 2016

Pokok nangka madu untuk Imtiaz Kemaman

9/1/2016

Ari ni akak dan abe nik pergi jenguk anakanda kat asrama... walaupun baru je masuk seminggu durra dok kat asrama..hehe.. biasalah.. abe nik mesti nak kena gi nengok anakanda.. hihi.. kalau abe nik lak mesti dia kata akak yang rindu anak.. hehe..

Sebenarnya sebelum pelajar datang mendaftar ituhari pihak sekolah dah maklumkan untuk bawa satu jenis pokok untuk ditanam di dalam kawasan imtiaz. Sebab sekolah baru kan.. jadi bila setiap pelajar bawak pokok.. bolehlah jadikan kenang kenangan nanti.. 5 atau 6 tahun nanti insyaAllah dah berbuah la kot pokok pokok yang ditanam.. jadi bolehlah pelajar-pelajar makan beramai-ramai.. walaupun pelajar yang bawak pokok tu dah meninggalkan sekolah tapi insyaAllah dapat la pahala kan..

Jadinya minggu lepas akak tak bawak la pokok.. sebab tak muat.. barang-barang dah banyak bawak..hehe.. tapi ramai jugak la mak ayah yang bawak pokok.. ada pokok rambutan.. pokok mempelam.. macam-macam pokok la ada..

So akak bawak pokok apa?

Akak bawak pokok nangka madu yang abe nik semai sendiri.. maksudnya abe nik ambik buah nangka tu dan semai dalam polibag. Ada 3 polibag.. cadangnya nanti nak bawak balik tanam kat kampung...tapi bila balik kampung tak terbawak balik lak.. hehe..

Jadinya inilah dia pokok nangka madu yang kami bawak.. sampai je kat pondok pengawal kami letak kat situ je la..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!