Akak tergerak hati nk komen pasal menteri yang bagi kenyataan suruh rakyat buat 2 kerja.
Kenyataan yb tersebut memang lah sangat kontroversi.
Dan dari kenyataan itu juga kita rakyat dah boleh nilai kedudukan inteleknya.
Kalau boleh semua orang nak buat 2 kerja malah kalau mampu nak buat sampai 10 kerja supaya hidup lebih senang kan. Tapi kena la berpijak di bumi nyata kan.
Rakyat ni macam macam kedudukan ekonominya.. mana nak boleh sama ngan menteri..
Menteri walau ada 2 3 4 keje tambahan semua tu ada elaun.. siap ngan kereta lagi.. kan..
Jadi jangan samakan..
Paling penting.... sebagai seorang pemimpin perlu ada kewibawaan dan akal pikiran yang jelas menampakkan kematangan dan inteleknya.
Nak bagi komen nak jawapan pun kena pikir jugak kan. Kena bagi jawapan yang reasonable. Yang logik. Kan...
Jadi
Para pemimpin semua, jadilah pemimpin yang berpengetahuan tinggi. Supaya dihormati orang.
Kalau kaya tapi tak berpengetahuan hmmm... tapi kalau kaya dan berpengetahuan memang cantik la pakej pemimpin tu kan.. kaya perlu sebab nak tolong rakyat kan. Bijak perlu sebab nak kawal situasi. Kan.
Dan
Bagi rakyat jelata semua
Kalau nak pilih pemimpin, carilah pemimpin yang berilmu berpengetahuan tinggi. Tinggi ilmu dunia ilmu akhirat. Supaya inshaAllah keadilan dan kebajikan terjaga.
Tapi mana nak cari pemimpin macam tu kan...
Sekarang ni hanya pemimpin yang berduit la berkuasa.. ada duit semua boleh jadi kan... sampai undi pun boleh beli kan.. orang cakap la kan..hmm..
Apa pun..
Kita kat dunia ni tak lama.. hari demi hari tahun demi tahun usia kita dah menginjak naik... makin membawa kita menghampiri ke pintu dunia satu lagi... kita tahu.. kita sedar.. tapi kita sentiasa alpa.. kita ingat kita ni akan hidup berterusan..tak mati mati..
Kehidupan akan berakhir. Cuma bila dan di mana je kita tak tahu. Itu urusan Allah.
Jadi sementara kita masih bernafas di bumi Allah ni..
Jika kita sebagai pemimpin maka tetapkan niat jadi pemimpin yang utamakan keadilan. Bukan pemimpin berat sebelah. Bukan pemimpin yang bodek sana sini. Kan. Kan.
Kita sebagai rakyat jelata,
Kita sebagai pekerja,
Sekiranya diberi peluang untuk memilih pemimpin, maka keutamaan kita pilih yang beragama Islam dan bertanggungjawab serta dapat berlaku adil. Dan juga pilih yang berilmu.
Kita sebagai hamba Allah, tetapkan niat kita untuk sentiasa mengutamakan Allah dalam setiap perkara. InsyaAllah Allah menjaga kita.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kami di atas segala kealpaan kami. Kami mohon petunjukMu ya Allah agar dapat memimpin kami menuju syurgaMu.
Amin.
No comments:
Post a Comment