Saturday, January 2, 2016

Mendaftar form 3 Imtiaz Kemaman

2/1/2016

Ari ni akak dan abe nik anto durra ke Imtiaz Kemaman.. tapi bukan tempat sama sebelum ni.. sebelum ni Imtiaz Kemaman bertempat di Bandar al-Muktafi Billah Shah, Bukit Besi, Dungun. Sekarang Imtiaz Kemaman betul betul bertempat di Kemaman, sesuai dengan namanya.

Jadinya, Imtiaz Kemaman ni adalah kampus baru la..

Dan tempatnya pulak sangatlah dekat dengan Mesra Mall dan Giant Kijal. Tak sampai 5 minit drive pun..

So citernya ari ni gi daftar Durra. Kami sampai lebih kurang kul 10 gitu. Dah ramai jugak la ibubapa yang dah ada masa tu. Pendaftaran buat kat dewan. Wah.. besar jugak dewannya.

Kat dewan tadi jumpa ngan kawan Durra, Khadeja. Kebetulan Durra ngan Khadeja sekelas dan sedorm tahun ni. Tahun lepas pun sama. Alhamdulillah.

Masa bayar yuran kelas tadi, jumpa ngan kawan akak cikgu Zura. Rupanya cikgu Zura jadi guru kelas Durra... hmm.. apa lagi.. akak bagitau kat cikgu Zura, cubit je Durra kalau perlu.. akak izinkan.. hehe.. kalau perlu.. lega akak sebab kurang-kurangnya cikgu Zura boleh tengok-tengokkan Durra dan akak boleh dapat tahu status terkini akademik Durra.. itulah perlunya kawan kan...hehe..

So lepas semua urusan pembayaran dah selesai kat dewan, kami terus pergi ke dorm. Hmm.. satu dorm ada 6 orang. Nampak tak de la crowded sangat.. cuma budak budak ni dok complaint pasal almari yang agak sempit dan pendek.. maksudnya memang tak lepas nak gantung baju kurung la.. tapi mereka mereka ni sebenarnya dah mahir dah.. ada cara.. cara pelajar Imtiaz lipat dan gantung baju.. hehe..

Tapi yang paling disukai oleh Durra dan kawan-kawan ialah bilik air yang terus boleh dibuka dari dalam dorm. Maksudnya dalam dorm tu ada pintu yang bila dibuka terus boleh ke bilik air. Kelas gitu.. nak sidai baju yang dah dibasuh pun tak perlu keluar.. memang memudahkan pelajar la..

Hebat. Dan kudos kepada arkitek yang reka elemen memudahkan pelajar ni. :-)

So lepas semua urusan loading barang dari kereta ke dalam dorm selesai, kamj keluar makan.. kat mana tau.. kat Mesra Mall gitu.. dan.. lepas tu kami pergi jalan-jalan sampai ke Giant Kijal.. hehe.. kemudian hantar Durra ke hostel..

Masa mami ngan papa balik dah...

Hmm..

Dalam 4 minit perjalanan balik, Durra call guna phone kawannya, bagitau tertinggal tafsir kat atas dashboard belakang kereta.. huhu.. kena la u-turn balik..

Kata abe nik, ari ni dah 6 kali angkat tangan kat pak guard situ.. hehehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!