Ok. Entri kali ni akak nak update kisah akak pergi berjumpa doktor kat klinik kesihatan dungun.
Masa jumpa doktor, akak maklumkan yang lengan akak sebelah kiri kebas. Mula mula kat lengan.. sekarang ni dah sampai kat pergelangan tangan.. dah jadi menyucuk nyucuk dah sakitnya..
Sekarang ni akak nak angkat bakul kosong ke.. nak angkat cawan ke.. tak boleh buat ngan tangan kiri. Kena tangan kanan jugak.
Dan akak tak boleh tunduk.. kalau ada barang barang jatuh memang akak tak boleh tunduk terus.. nanti belakang akal sakit.. hah.. sampai macam tu sekali.. aduhai..
Pikir punye pikir.. baru akak teringat..
Dulu dulu dulu hampir 10 tahun lepas. Masa tu akak tengah guna laptop. Dan kalau tak silap akak masa tu hujan.. tiba tiba je kilat.. dan akak dapat rasakan arus elektrik kena kat lengan akak.. macam mengalir je.. akak masih ingat.. lepas tu akak meraung.. tangan akak kebas..
Tak sangka kesannya selepas 10 tahun..
So akak mintak la ngan doktor kalau doktor boleh refer akak untuk buat MRI. Doktor bgtau mereka tak boleh ode MRI.. jadi doktor mintak akak buat xray dulu.
Bila dah dapat result xray doktor tengok dan bagitau tak de masalah.. ok je..
So akak bincang ngan doktor utk buat fisioterapi lah..
Jadinya lepas tu akak terus buat appointment utk fisio 15/2/2016 ni.
Dan esoknya...
Doktor yang sama telefon akak. Bgtau yang beliau nak refer kan akak ke doktor ortopedik. Akak tanya kenapa doktor ada nampak apa apa yang tak kena ke.. doktor bagitau ada lah pasal tulang tua.. tapi doktor guna terma doktor la..
So doktor tu dah buat appointment utk akak jumpa ngan doktor pakar ortopedik pada 11/2/2016.
Akak berterima kasih ngan doktor fara ni.. sebab beliau prihatin ngan pesakit.. dan nampak la yang beliau memikirkan solusi alternatif utk pesakitnya. Tqtq dr.
Begitulah ceritanya..
Dan hari ni.. akak telefon kak Na yang bekerja satu tempat ngan akak.. beliau sakit belakang jugak sampai kena buat akupuntur.
Esok akak nak gi jumpa kak Na utk tahu lebih detail.
Nanti akak kongsi maklumat ye.
No comments:
Post a Comment