Harta dan manusia memang tak dapat dipisahkan.. walau banyak mana pun manusia ada harta nescaya manusia akan sentiasa mencari jalan untuk menambah harta kerana berasa ketidakcukupan dengan harta sedia ada.
Baru sekejap tadi akak baca Surah al-adiyat.. kiranya minggu ni insyaAllah akak akan khatam al-quran lagi sekali. Tal sabar pula rasanya nak mulakan baca quran beserta tafsir yang baru dibeli kat Kedai Buku Banggol bulan lepas. InsyaAllah, mohon Allah permudahkan segala usaha kita meningkatkan rasa kehambaan kepada Allah SWT. Amin.
Bercerita pasal tafsir surah alAdiyat ni, maksud alAdiyat ialah Kuda Perang. Tapi surah ni menceritakan betapa manusia ni sangat kikir kerana perasaan tamaknya kepada harta.
Terjemahan dari Ayat 8:
Dan sesungguhnya kecintaan (manusia itu) kepada harta berar-benar berlebihan.
Berlebihan sehingga menjadi bakhil.
Hmm.. betul kan.. kadang tu kita tengok makin kaya orang tu makin kedekut. $10 pun berkira.. usahkan $10, 10 sen pun diungkit. Kan..
Duit banyak berkepuk kepuk tapi nak gi haji pun berkira.. takut duit habis.. kan..
Duit banyak gaji besar.. tapi bayar yuran sekolah anak berkira.. kan..
Duit banyak gelang penuh kat lengan tapi suka pulak berhutang... kan..
Duit banyak lebih dari mencukupi tapi bab makan aduhai.. berkira benar..
Hmmm... sama sama kita muhasabah diri..
Bersyukur ya Allah atas limpahan rahmatNya yang sentiasa berterusan buat kita. Selama mana kita berada di bumiNya ini.
No comments:
Post a Comment