Kebiasaannya setiap kali selepas Test akak akan bagi hadiah kepada pelajar yang dapat markah paling tinggi dalam kelas tu.
Hadiah nya pun bukannya besar mana pun.. biasanya tu akak bagi photo frame.. tak de la mahal mana pun.. dan kalau tak sempat gi kedai beli hadiah akak bagi duit je.. tak de la banyak mana pun.. lepas la nak makan satu hari.. hehe..
Cuma akak terkesan dengan seorang student akak yang tak putus-putus ucapkan terima kasih kepada akak sebab bagi duit sumbangan kat dia... padahal bukan besar mana pun.. tapi itulah.. mungkin bagi kita tak de la besar mana pun tapi bagi sesetengah orang besar maknanya... kan..
Dan minggu ni akak terima lagi ucapan terima kasih..
No comments:
Post a Comment