9/1/2016
Ari ni memang amazing la bagi abe nik. Apa taknya.. dapat free smart phone tuh...
Kisahnya abe nik gi kedai maxis tu nak tukar pelan je.. asyik kena bayar lebih je.. lebih kurang $140-150 sebulan.. so abe nik ke sana nak tanya ada tak pakej yang lagi berbaloi.. haruslah ada kan.. sebab customer ni pelbagai lapisan dan kehendak kan..
So bila disemak dalam sistem maxis, dimaklumkan kepada abe nik yang abe nik ni pengguna setia dan tak de problem bayaran.. dah tentulah setia.. dah lebih sedekad guna maxis.. jadi atas sebab itu dapat free smart phone.. lenovo tuh..
Dan yang kelakarnya, time time tu jugak la bateri phone samsung yang sedang diguna sekarang bunyi.. menandakan habis bateri.. terasa la teeww kan.. hehe..
Sebelum setuju ni abe nik bukan main tanya banyak soalan.. dan staf kat situ terus je bagitau, "tak de kos tersembunyi."
Cuma bila tukar pelan ni kena setia dengan pelan ni untuk jangkamasa 2 tahun.
Tak kisah.. setia bersama Maxis dah abe nik ni.
No comments:
Post a Comment