Monday, January 18, 2016

Astro oh Astro... masih ulang siaran je.. hmm..

Bosan giles ngan Astro.. asyik ulang siar cerita sama je.. bukan setakat movies HBO tu je yang ulang tayang.. Super spontan.. maharaja lawak.. semua yang astro nye program memang dah banyak kali ulang tayang.. sampai dah nak naik muak dah tengok..

Hmm... bayar astro beratus setiap bulan rasa sangat merugikan.. tak berbaloi.. langsung..

Akak rasa dah boleh hafal dah program astro yg sentiasa ulang tayang tu.. movies pun sama.. sama dan sama.. senang kan buat duit.

HMM.. TAK DE KE JUTAWAN TERKAYA MALAYSIA YANG DAPAT BANTU RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENDAPAT PULANGAN YANG LEBIH BAIK DARI PELABURAN KAMI?

Bila la nak ada program on demand untuk semua program yang customer nak tengok.. senaraikan semua program atau movies dan customer pilih je.. dapat tengok time time tu..

Bukan astro first la.. yg tu kena ode bagai..

Tapi boleh jugak buat mcm astro first kan.. cuma kita nk kalau kita dapat pilih terus dan terus tengok.. bil datang kemudian.. ala.. macam postpaid.. kan..

Hmm... dah tak lalu tengok program astro sekarang..  terpaksa la dengar THR radio lak... haha..

Sambil-sambil nak siapkan keje tulis buku nih..

Layan lagu-lagu evergreen lagi syahdu weh... haha..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!