Saturday, January 30, 2016

Susulan dari jumpa doktor kat klinik kesihatan

Ok. Entri kali ni akak nak update kisah akak pergi berjumpa doktor kat klinik kesihatan dungun.

Masa jumpa doktor, akak maklumkan yang lengan akak sebelah kiri kebas. Mula mula kat lengan.. sekarang ni dah sampai kat pergelangan tangan.. dah jadi menyucuk nyucuk dah sakitnya..

Sekarang ni akak nak angkat bakul kosong ke.. nak angkat cawan ke.. tak boleh buat ngan tangan kiri. Kena tangan kanan jugak.

Dan akak tak boleh tunduk.. kalau ada barang barang jatuh memang akak tak boleh tunduk terus.. nanti belakang akal sakit.. hah.. sampai macam tu sekali.. aduhai..

Pikir punye pikir.. baru akak teringat..

Dulu dulu dulu  hampir 10 tahun lepas. Masa tu akak tengah guna laptop. Dan kalau tak silap akak masa tu hujan.. tiba tiba je kilat.. dan akak dapat rasakan arus elektrik kena kat lengan akak.. macam mengalir je.. akak masih ingat.. lepas tu akak meraung.. tangan akak kebas..

Tak sangka kesannya selepas 10 tahun..

So akak mintak la ngan doktor kalau doktor boleh refer akak untuk buat MRI. Doktor bgtau mereka tak boleh ode MRI.. jadi doktor mintak akak buat xray dulu.

Bila dah dapat result xray doktor tengok dan bagitau tak de masalah.. ok je..

So akak bincang ngan doktor utk buat fisioterapi lah..

Jadinya lepas tu akak terus buat appointment utk fisio 15/2/2016 ni.

Dan esoknya...

Doktor yang sama telefon akak. Bgtau yang beliau nak refer kan akak ke doktor ortopedik. Akak tanya kenapa doktor ada nampak apa apa yang tak kena ke.. doktor bagitau ada lah pasal tulang tua.. tapi doktor guna terma doktor la..

So doktor tu dah buat appointment utk akak jumpa ngan doktor pakar ortopedik pada 11/2/2016.

Akak berterima kasih ngan doktor fara ni.. sebab beliau prihatin ngan pesakit.. dan nampak la yang beliau memikirkan solusi alternatif utk pesakitnya. Tqtq dr.

Begitulah ceritanya..

Dan hari ni.. akak telefon kak Na yang bekerja satu tempat ngan akak.. beliau sakit belakang jugak sampai kena buat akupuntur.

Esok akak nak gi jumpa kak Na utk tahu lebih detail.

Nanti akak kongsi maklumat ye.

Tuesday, January 26, 2016

Sakit tangan sakit lengan sakit belakang

Aduhai...

Bulan lepas sakit kat bahu...

Kemudian sakit kat lengan...

Sekarang sakit seluruh tangan.. sebelah kiri..

Aduhai...

Nak angkat barang barang berat memang jangan haraplah boleh buat tanpa sokongan tangan kanan..

Ada cadangan gi berurut.. tapi akak la takut... takut sakit.. hehe..

Pahtu akak gi bekam. Bekam kat bahu dan lengan.. rasa ok lah sikit... lega sket.

Tapi masih lagi rasa sakit...

Dan nak jadi citer...

Kemarin ada kawan call akak.. pasal kerja la.. sembang nye sembang.. dia bagitau dia baru je lepas operation.. laser operation. Sebab slipped disc. Hah?

Katanya dia mulanya rasa kebas kat kaki.. ingatkan biasa biasa je.. kemudian sampai la satu hari dia tak boleh berjalan.. hah! Aduhai..

Kemudian pergi sepital... doktor bagi pain killer la dulu.. dan doktor bagitau dia suspect slipped disc..

Kawan akak pun survey punye survey..  akhirnya jumpa la.. pakar yang pakar pasal pain management ni.. one and only kat malaysia ni. Dr Nizar kat KPJ kota bharu.

So kawan akak pergi sana.. buat appointment.. sehinggalah buat laser treatment..

Rupa-rupanya tulang vetebra kita ni yang kompleks ni sangatlah perlu dijaga.. ada banyak kes antara tulang tu..dipanggil disc.. ada yang dah terkeluar ke.. ada yang dah haus ke.. hah.. dasyat nya.. kan..

So kawan akak nasihatkan akak buat MIR..

So sekarang ni akak ada kat sepital.. nak buat appointment ngan doktor pakar..

Akak pergi klinik kesihatan dungun dulu.. nanti doktor boleh rujuk ke sepital besar KT..

Macam biasa la.. datang sepital.. orang memang ramai.. tapi akak dah prepare minda awal-awal.. kena tunggu dengan sabar.

So dah siap bawak buku dah untuk baca sambil tunggu..

Nak baca novel anjell yang latest lum kuar lagi.. hehehe..

Seorang pemimpin... dan kita..

Akak tergerak hati nk komen pasal menteri yang bagi kenyataan suruh rakyat buat 2 kerja.

Kenyataan yb tersebut memang lah sangat kontroversi.

Dan dari kenyataan itu juga kita rakyat dah boleh nilai kedudukan inteleknya.

Kalau boleh semua orang nak buat 2 kerja malah kalau mampu nak buat sampai 10 kerja supaya hidup lebih senang kan. Tapi kena la berpijak di bumi nyata kan.

Rakyat ni macam macam kedudukan ekonominya.. mana nak boleh sama ngan menteri..

Menteri walau ada 2 3 4 keje tambahan semua tu ada elaun.. siap ngan kereta lagi.. kan..

Jadi jangan samakan..

Paling penting.... sebagai seorang pemimpin perlu ada kewibawaan dan akal pikiran yang jelas menampakkan kematangan dan inteleknya.

Nak bagi komen nak jawapan pun kena pikir jugak kan. Kena bagi jawapan yang reasonable. Yang logik. Kan...

Jadi

Para pemimpin semua, jadilah pemimpin yang berpengetahuan tinggi. Supaya dihormati orang.

Kalau kaya tapi tak berpengetahuan hmmm... tapi kalau kaya dan berpengetahuan memang cantik la pakej pemimpin tu kan.. kaya perlu sebab nak tolong rakyat kan. Bijak perlu sebab nak kawal situasi. Kan.

Dan

Bagi rakyat jelata semua

Kalau nak pilih pemimpin, carilah pemimpin yang berilmu berpengetahuan tinggi. Tinggi ilmu dunia ilmu akhirat. Supaya inshaAllah keadilan dan kebajikan terjaga.

Tapi mana nak cari pemimpin macam tu kan...

Sekarang ni hanya pemimpin yang berduit la berkuasa.. ada duit semua boleh jadi kan... sampai undi pun boleh beli kan.. orang cakap la kan..hmm..

Apa pun..

Kita kat dunia ni tak lama.. hari demi hari tahun demi tahun usia kita dah menginjak naik... makin membawa kita menghampiri ke pintu dunia satu lagi... kita tahu.. kita sedar.. tapi kita sentiasa alpa.. kita ingat kita ni akan hidup berterusan..tak mati mati..

Kehidupan akan berakhir. Cuma bila dan di mana je kita tak tahu. Itu urusan Allah.

Jadi sementara kita masih bernafas di bumi Allah ni..

Jika kita sebagai pemimpin maka tetapkan niat jadi pemimpin yang utamakan keadilan. Bukan pemimpin berat sebelah. Bukan pemimpin yang bodek sana sini. Kan. Kan.

Kita sebagai rakyat jelata,
Kita sebagai pekerja,
Sekiranya diberi peluang untuk memilih pemimpin, maka keutamaan kita pilih yang beragama Islam dan bertanggungjawab serta dapat berlaku adil. Dan juga pilih yang berilmu.

Kita sebagai hamba Allah, tetapkan niat kita untuk sentiasa mengutamakan Allah dalam setiap perkara. InsyaAllah Allah menjaga kita.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami di atas segala kealpaan kami. Kami mohon petunjukMu ya Allah agar dapat memimpin kami menuju syurgaMu.
Amin.

Monday, January 25, 2016

Mood tulis buku..

Akak suka menulis..

Kalau datang time rajin tu.. ha.. setiap hari akak tidur lewat.. ada tu sampai pukul 4 pagi..

Tu time rajin la..

Kalau time tak rajin takde la nak menulis nya.. hehe..

Sekarang ni akak nak banyakkan menulis buku berkenaan akademik.. kenapa?

Satu sebab nak menyumbang kepada dunia pendidikan

Dua sebab akak sendiri nak tambah ilmu pengetahuan. Bila kita baca apa yang kita tak tahu dan kemudian kita tulis apa yang kita faham maka maksudnya dah bertambah la ilmu kita tu kan..

Akak akan cuba tulis buku dalam disiplin ilmu pengkomputeran dulu.. dan akak akan tulis paling asas supaya sapa yanh baca akan mudah faham. InshaAllah dengan izin Allah.

Sunday, January 24, 2016

Wahai jutawan jutawan Malaysia..

Semenjak dua menjak ni makin ramai la pulak dah menonjolkan diri dan kekayaan peribadi kan..

Bermula dengan menaja program program TV..

Kemudian menaja pasukan bola sepak...

Wahhhh.. bukan calang-calang la kan..

Yelah.. kalau congak sempoi pun memang dah boleh agak dah.. jual beli produk kat Malaysia ni.. berapa juta pengguna yang beli produk kan.. kalau beli $1 dan ada 1 juta pengguna.. ha.. kan ke dah dapat $1 juta kan..

Tu kalau $1.. ha.. bayangkan kalau harga $100... dan 1 juta pengguna.. hah ko..

Tu kalu 1 juta pengguna.. kalu ada 10 juta pengguna? Ha.. sentap kan.. kan.. haha..

Tapi kan.. itulah.. ada duit semua boleh jadi kan..

Jadi akak kalau boleh la.. nak mintak sangat jutawan Malaysia ni buat la sesuatu untuk kami pengguna perkhidmatan Astro.. do something pls..

take over ke over shadow ke.. apa ke.. tak kisah lah.. janji kami ni rasa berbaloi la bila bayar perkhidmatan.. kan..

Sekarang ni Astro ni dah jadi tong kitar semula.. recycle citer.... lagi sakit hati bila dalam 1 hari 2-3 kali ulang tayang citer sama..

Banyak kali dah rasa nak kansel langganan astro ni.. sebab kata orang orang berlagak pandai nanti akan ada la syarikat baru yg akan tawarkan perkhidmatan macam astro..

Tunggu punya tunggu.. hampeh.. tu tahun lepas nya citer..

Kalau ada jutawan yang prihatin.. bantu la kami rakyat Malaysia ye.. kan ..

Kot kot la nak bina satu rangkaian sendiri kan...

Macam Oprah Winfrey tu kan.. OWN network.. awesome!

Monday, January 18, 2016

Astro oh Astro... masih ulang siaran je.. hmm..

Bosan giles ngan Astro.. asyik ulang siar cerita sama je.. bukan setakat movies HBO tu je yang ulang tayang.. Super spontan.. maharaja lawak.. semua yang astro nye program memang dah banyak kali ulang tayang.. sampai dah nak naik muak dah tengok..

Hmm... bayar astro beratus setiap bulan rasa sangat merugikan.. tak berbaloi.. langsung..

Akak rasa dah boleh hafal dah program astro yg sentiasa ulang tayang tu.. movies pun sama.. sama dan sama.. senang kan buat duit.

HMM.. TAK DE KE JUTAWAN TERKAYA MALAYSIA YANG DAPAT BANTU RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENDAPAT PULANGAN YANG LEBIH BAIK DARI PELABURAN KAMI?

Bila la nak ada program on demand untuk semua program yang customer nak tengok.. senaraikan semua program atau movies dan customer pilih je.. dapat tengok time time tu..

Bukan astro first la.. yg tu kena ode bagai..

Tapi boleh jugak buat mcm astro first kan.. cuma kita nk kalau kita dapat pilih terus dan terus tengok.. bil datang kemudian.. ala.. macam postpaid.. kan..

Hmm... dah tak lalu tengok program astro sekarang..  terpaksa la dengar THR radio lak... haha..

Sambil-sambil nak siapkan keje tulis buku nih..

Layan lagu-lagu evergreen lagi syahdu weh... haha..

Friday, January 15, 2016

People come and go.. apabila kawan-kawan ada yang dah pencen...

Dah lama kita bekerja bersama-sama.. suka duka semuanya ditempuhi bersama..

Dan hari ni.. ada kawan yang dah pencen.. dan akan pencen.. tahun ni.. tahun depan...

Hai.. cepatnya masa berlalu kan..

Dan juga ada juga kawan yang telah pun pergi meninggalkan kita  buat selama-lamanya...

Mengingatkan kita juga bahawa hidup ni sesungguhnya satu perjalanan. Dalam kita berjalan bersama-sama, ada yang terjatuh lebih awal... ada yang berhenti di perhentian.. namun kita kena teruskan perjalanan.. perjalanan menuju Jannah. Itu tujuan kita.

Semua orang berjalan... dalam perjalanan harus ada yang dikutip buat bekalan... bekalan untuk teruskan hidup supaya kuat dan sihat untuk terus berjalan.. dan juga yang paling penting berlumba-lumba mengutip tiket untuk check-in ke Taman Jannah nanti. Tiket apa? Tiket pahala.

Monday, January 11, 2016

Minggu ke 2 sekolah.. lawat anak kat Imtiaz

9/1/2016

Baru minggu ke 2 sekolah.. hehe.. ari ni akak gi melawat durra kat hostel. Macam biasalah.. ada pesanan penaja.. mami nanti tolong bawak kasut sukan.. bawak ini itu.. biasalah.. kan..

Bawak meja kecik.. dan jeng jeng jeng.. akak siap bawak ironing board lagi... tak kisahlah.. janji budak-budak selesa kan.. iron mak khadeja dah belikan.. jadi akak belikan ironing board. Sumbangan kecik dari kami...hehe..

Sebab sekolah imtiaz ni baru sangat diduduki kan.. jadi memang langsir pun tak de... tu citer minggu lepas masa mula-mula masuk dorm..

Ari ni akak tengok dah ada langsir dah.. tapi digantung kat gril je.. sebab rel langsir tak de lagi..

Dan dobi pun belum dibuka lagi.. jadi stud kena basuh tangan la..

Kebetulan akak dah bawak siap sepasang baju sekolah durra yang tertinggal kat rumah.. dah siap gosok dah.. punya la suka durra.. terima kasih kat mummy berulangkali.. sebabnya baju sekolah barh je basuh.. tak kering lagi... dan tak gosok lagi.. esok sekolah.. ish ish ish..

Macam biasa... selfie..hihi..

Sunday, January 10, 2016

Pokok nangka madu untuk Imtiaz Kemaman

9/1/2016

Ari ni akak dan abe nik pergi jenguk anakanda kat asrama... walaupun baru je masuk seminggu durra dok kat asrama..hehe.. biasalah.. abe nik mesti nak kena gi nengok anakanda.. hihi.. kalau abe nik lak mesti dia kata akak yang rindu anak.. hehe..

Sebenarnya sebelum pelajar datang mendaftar ituhari pihak sekolah dah maklumkan untuk bawa satu jenis pokok untuk ditanam di dalam kawasan imtiaz. Sebab sekolah baru kan.. jadi bila setiap pelajar bawak pokok.. bolehlah jadikan kenang kenangan nanti.. 5 atau 6 tahun nanti insyaAllah dah berbuah la kot pokok pokok yang ditanam.. jadi bolehlah pelajar-pelajar makan beramai-ramai.. walaupun pelajar yang bawak pokok tu dah meninggalkan sekolah tapi insyaAllah dapat la pahala kan..

Jadinya minggu lepas akak tak bawak la pokok.. sebab tak muat.. barang-barang dah banyak bawak..hehe.. tapi ramai jugak la mak ayah yang bawak pokok.. ada pokok rambutan.. pokok mempelam.. macam-macam pokok la ada..

So akak bawak pokok apa?

Akak bawak pokok nangka madu yang abe nik semai sendiri.. maksudnya abe nik ambik buah nangka tu dan semai dalam polibag. Ada 3 polibag.. cadangnya nanti nak bawak balik tanam kat kampung...tapi bila balik kampung tak terbawak balik lak.. hehe..

Jadinya inilah dia pokok nangka madu yang kami bawak.. sampai je kat pondok pengawal kami letak kat situ je la..

Saturday, January 9, 2016

Wah! Tukar pelan Maxis dapat free Lenovo phone!

9/1/2016

Ari ni memang amazing la bagi abe nik. Apa taknya.. dapat free smart phone tuh...
Kisahnya abe nik gi kedai maxis tu nak tukar pelan je.. asyik kena bayar lebih je.. lebih kurang $140-150 sebulan.. so abe nik ke sana nak tanya ada tak pakej yang lagi berbaloi.. haruslah ada kan.. sebab customer ni pelbagai lapisan dan kehendak kan..

So bila disemak dalam sistem maxis, dimaklumkan kepada abe nik yang abe nik ni pengguna setia dan tak de problem bayaran.. dah tentulah setia.. dah lebih sedekad guna maxis.. jadi atas sebab itu dapat free smart phone.. lenovo tuh..

Dan yang kelakarnya, time time tu jugak la bateri phone samsung yang sedang diguna sekarang bunyi.. menandakan habis bateri.. terasa la teeww kan.. hehe..

Sebelum setuju ni abe nik bukan main tanya banyak soalan.. dan staf kat situ terus je bagitau, "tak de kos tersembunyi."

Cuma bila tukar pelan ni kena setia dengan pelan ni untuk jangkamasa 2 tahun.

Tak kisah.. setia bersama Maxis dah abe nik ni.

Friday, January 8, 2016

Kempiskan perut paling MUDAH dan BERKESAN!

Nak kempiskan perut.. ohoho... memang sukar dan susah dan payah yang amat kan..

Abe nik pun dah macam-macam produk cuba... dari makan ke sapu.. semua dah try... sebelum ni abe nik pengguna tegar produk sapu mustajab...dari yang warna hijau hinggalah ke yang warna merah.. dari yang ada limau nipis hinggalah yang ada halia.. dari yang panas sikit hinggalah yang panas bangat.. semua dah guna.. tapi tak de lah sangat yang dapat dibanggakan hasilnya..

Tapi bila abe nik guna produk sapu yang ni.. jeng jeng jeng.. hasilnya memang sangat positif. Memang ketara la nampak perbezaan penurunan ukurlilit kebuncitan perut abe nik...hihihi..

Sehinggakan ramai pulak yang tegur abe nik bagitau perut dah susut sekarang ni.. so abe nik pun citer la produk ni.. sampai dah dapat tempahan time tu jugak..

Dan yang paling mereka tak percaya ialah berkenaan harga produk ni.

Abe nik kabo beli ngan harga $30. Jadi semua terkejut.. kira murah la kan.. tu yang sekarang ning abe nik tak menang tangan... customer ode.. hehe..

Cara guna sangat mudah. Sapu je kat perut dengan mengikut lawan jam. Boleh sapu kat kaki ke.. kat lengan ke.. kat tempat yang nak kecilkan.. dan lepas tu boleh tidur.. sebenarnya lagi bagus bila sapu produk ni dan buat workout atau senaman. Lagi cepat kesannya.

Tapi abe nik takde pun workout atau bersenam mana. Tapi masih lagi boleh kempis perut abe nik yang gebus itus...hehe..

Ni lah produknya.. ambik gambo dari sisi yang paling suci mata memandang.. sebabnya? Gambo kat botol produk ni memang sangat seksi.. huhu..

Thursday, January 7, 2016

Rentetan kisah pelajar tertidur kat luar pagar sekolah sementara menunggu ibubapa datang ambil

Berkenaan kisah pelajar sekolah yang tertidur sementara menunggu ibubapa datang ambil...

Akhirnya cerita sebenar telah diketahui...

Rupa-rupanya ibunya telah mengalami kemalangan semasa dalam perjalanan mengambil pelajar ini dari sekolah. Ibunya accident dengan lori.. difahamkan kereta terbakar dan ibunya melecur 70%.. tak pasti sejauh mana kebenaran tapi itu yang dibualkan oleh orang ramai.. yelah.. Kemaman pun dekat je ngan sini.. 

Dah tentulah pelajar ni tak tahu kan.. kesian.. lama sangat tunggu.. sampai tertidur.. dan tertidur pulak di luar pagar sekolah.. takkan lah pak guard pun tak sempat nak tinjau apa budak sekolah buat kat luar pagar.. harapnya pak guard lebih berperasaan dan bertimbangrasa.. ni budak sekolah rendah.. bukan budal sekolah menengah.. bukan budak kolej..

Kita tak tahu kan.. entah entah budak tu dah menangis lapar ke... apa ke.. aduhai..

Semoga Allah mempermudahkan urusan keluarga pelajar ini. Dan semoga Allah menyembuhkan ibunya dengan mengurniakan kesihatan yang terbaik.

Oh.. datuknya datang ambil kat sekolah.

Itulah kepentingan sebuah keluarga kan.

Sentiasa ada yang mengambilberat dan saling bantu-membantu.

Wednesday, January 6, 2016

Tertidur di luar sekolah tunggu ibu bapa datang ambil

Dapat maklumat dari group akak. Berkenaan seorang pelajar sekolah rendah di Kemaman yang ketiduran sementara menunggu ibubapa datang ambil.

Aduhai.. kesiannya... dan bahayanya..

Nak salahkan sapa?

Tak payah salah menyalah..

Semua pihak kena ambik cakna.

Pak guard kena tengok pelajar sekolah.. jenguk la kat luar pondok pengawal tu tengok apa jadi kat pelajar yang sedang menunggu penjaga datang ambil..

Mungkin boleh mintak mereka tunggu dalam kawasan sekolah ke.. pastinya ada ruang menunggu di dalam kawasan sekolah yang berhampiran dengan pintu pagar sekolah.. jadi pelajar boleh nampak kenderaan ibubapa atau penjaga yang datang.

Ibubapa dan penjaga pun kena prihatin. Pesan kepada pelajar minta mereka tunggu dalam kawasan sekolah. Minta pelajar telefon ibubapa/penjaga sekiranya mereka belum sampai.

Pihak pengurusan sekolah pun kena prihatin juga.. jangan biarkan pelajar berseorangan tunggu di luar kawasan sekolah.. biar pelajar tunggu dalam kawasan sekolah.. sekurang-kurangnya ada pak guard.. janganlah tutup pintu pagar sekolah selepas waktu pulang kalau masih ada pelajar.. mungkin ada kesulitan ibubapa/penjaga ketika itu mana tahu kan..

Sama-sama kita berkerjasama...

Tuesday, January 5, 2016

Terjemahan Surah ke 100 : Surah al-'Adiyat

Harta dan manusia memang tak dapat dipisahkan.. walau banyak mana pun manusia ada harta nescaya manusia akan sentiasa mencari jalan untuk menambah harta kerana berasa ketidakcukupan dengan harta sedia ada.

Baru sekejap tadi akak baca Surah al-adiyat.. kiranya minggu ni insyaAllah akak akan khatam al-quran lagi sekali. Tal sabar pula rasanya nak mulakan baca quran beserta tafsir yang baru dibeli kat Kedai Buku Banggol bulan lepas. InsyaAllah, mohon Allah permudahkan segala usaha kita meningkatkan rasa kehambaan kepada Allah SWT. Amin.

Bercerita pasal tafsir surah alAdiyat ni, maksud alAdiyat ialah Kuda Perang. Tapi surah ni menceritakan betapa manusia ni sangat kikir kerana perasaan tamaknya kepada harta.

Terjemahan dari Ayat 8:

Dan sesungguhnya kecintaan (manusia itu) kepada harta berar-benar berlebihan.

Berlebihan sehingga menjadi bakhil.

Hmm.. betul kan.. kadang tu kita tengok makin kaya orang tu makin kedekut. $10 pun berkira.. usahkan $10, 10 sen pun diungkit. Kan..

Duit banyak berkepuk kepuk tapi nak gi haji pun berkira.. takut duit habis.. kan..

Duit banyak gaji besar.. tapi bayar yuran sekolah anak berkira.. kan..

Duit banyak gelang penuh kat lengan tapi suka pulak berhutang... kan..

Duit banyak lebih dari mencukupi tapi bab makan aduhai.. berkira benar..

Hmmm... sama sama kita muhasabah diri..

Bersyukur ya Allah atas limpahan rahmatNya yang sentiasa berterusan buat kita. Selama mana kita berada di bumiNya ini.

Monday, January 4, 2016

Kecik bagi kita besar bagi student

Kebiasaannya setiap kali selepas Test akak akan bagi hadiah kepada pelajar yang dapat markah paling tinggi dalam kelas tu.

Hadiah nya pun bukannya besar mana pun.. biasanya tu akak bagi photo frame.. tak de la mahal mana pun.. dan kalau tak sempat gi kedai beli hadiah akak bagi duit je.. tak de la banyak mana pun.. lepas la nak makan satu hari.. hehe..

Cuma akak terkesan dengan seorang student akak yang tak putus-putus ucapkan terima kasih kepada akak sebab bagi duit sumbangan kat dia... padahal bukan besar mana pun.. tapi itulah.. mungkin bagi kita tak de la besar mana pun tapi bagi sesetengah orang besar maknanya... kan..

Dan minggu ni akak terima lagi ucapan terima kasih..

Saturday, January 2, 2016

Mendaftar form 3 Imtiaz Kemaman

2/1/2016

Ari ni akak dan abe nik anto durra ke Imtiaz Kemaman.. tapi bukan tempat sama sebelum ni.. sebelum ni Imtiaz Kemaman bertempat di Bandar al-Muktafi Billah Shah, Bukit Besi, Dungun. Sekarang Imtiaz Kemaman betul betul bertempat di Kemaman, sesuai dengan namanya.

Jadinya, Imtiaz Kemaman ni adalah kampus baru la..

Dan tempatnya pulak sangatlah dekat dengan Mesra Mall dan Giant Kijal. Tak sampai 5 minit drive pun..

So citernya ari ni gi daftar Durra. Kami sampai lebih kurang kul 10 gitu. Dah ramai jugak la ibubapa yang dah ada masa tu. Pendaftaran buat kat dewan. Wah.. besar jugak dewannya.

Kat dewan tadi jumpa ngan kawan Durra, Khadeja. Kebetulan Durra ngan Khadeja sekelas dan sedorm tahun ni. Tahun lepas pun sama. Alhamdulillah.

Masa bayar yuran kelas tadi, jumpa ngan kawan akak cikgu Zura. Rupanya cikgu Zura jadi guru kelas Durra... hmm.. apa lagi.. akak bagitau kat cikgu Zura, cubit je Durra kalau perlu.. akak izinkan.. hehe.. kalau perlu.. lega akak sebab kurang-kurangnya cikgu Zura boleh tengok-tengokkan Durra dan akak boleh dapat tahu status terkini akademik Durra.. itulah perlunya kawan kan...hehe..

So lepas semua urusan pembayaran dah selesai kat dewan, kami terus pergi ke dorm. Hmm.. satu dorm ada 6 orang. Nampak tak de la crowded sangat.. cuma budak budak ni dok complaint pasal almari yang agak sempit dan pendek.. maksudnya memang tak lepas nak gantung baju kurung la.. tapi mereka mereka ni sebenarnya dah mahir dah.. ada cara.. cara pelajar Imtiaz lipat dan gantung baju.. hehe..

Tapi yang paling disukai oleh Durra dan kawan-kawan ialah bilik air yang terus boleh dibuka dari dalam dorm. Maksudnya dalam dorm tu ada pintu yang bila dibuka terus boleh ke bilik air. Kelas gitu.. nak sidai baju yang dah dibasuh pun tak perlu keluar.. memang memudahkan pelajar la..

Hebat. Dan kudos kepada arkitek yang reka elemen memudahkan pelajar ni. :-)

So lepas semua urusan loading barang dari kereta ke dalam dorm selesai, kamj keluar makan.. kat mana tau.. kat Mesra Mall gitu.. dan.. lepas tu kami pergi jalan-jalan sampai ke Giant Kijal.. hehe.. kemudian hantar Durra ke hostel..

Masa mami ngan papa balik dah...

Hmm..

Dalam 4 minit perjalanan balik, Durra call guna phone kawannya, bagitau tertinggal tafsir kat atas dashboard belakang kereta.. huhu.. kena la u-turn balik..

Kata abe nik, ari ni dah 6 kali angkat tangan kat pak guard situ.. hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!