Friday, October 17, 2014

Raja dan rakyat.... apa citer

Ekoran dari tindakan Tengku Mahkota Johor (tmj) menendang tiang bendera di penjuru padang malam semalam sebagai meraikan kemenangan perlawanan bolasepak di antara johor dan terengganu, ramai pihak terkejut dengan sikap tersebut.

Action speaks louder than words!

Bagilah berjuta-juta alasan pun .. tapi ramai melihat tindakan tersebut dilihat sebagai satu tindakan yang dapat mempengaruhi kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin. Kata rakyat biasa, seorang pemimpin seorang raja perlu bersifat tenang dalam menerima apa jua keputusan yang datang. Walaupun nak meraikan kemenangan...

Ntahlah.. mende dah jadi.. semua orang kena ambik iktibar..

Walaupun ada banyak citer tertutup pasal dunia bolasepak yg kita rakyat biasa tak tau, yg pasti rakyat juga mahukan ketelusan dan keadilan bagi semua pihak..  setakat kes hanya 100 tiket je dikhaskan buat penyokong terengganu semasa perlawanan baru-baru ning, tidaklah menjadi kehairanan kerana perlawanan disiarkan kat tv secara langsung.. cuma.. itulah.. daripada beribu-ribu.. 30 ribu.. tempat kat stadium tu hanya 100 tiket je bagi kat ore ganu.. itulah yg dikabarkan.. ye ke..

Kalaulah semua orang boleh bersifat professional dan rasional dan bukannya emosional..

Apa yg boleh diharapkan rakyat ialah supaya institusi beraja prihatin dengan kesan ekoran dari tindakan yg dapat menimbulkan bibit-bibit ketidakpuasan hati sesama rakyat..

Anpuan tuanku!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!