Pertama kali dengar berita ni kat tv semalam akak rasa sedikit sedih.. sebab gambaran yg diberikan dari ulasan berita ialah pelajar ponteng dari menghadiri kelas. Jadi biarlah jadi pengajaran kpd pelajar2 lain.
Ari ni abe nik share 1 berita dari whatsup beliau. Dikatakan pelajar ni pelajar yg baik dan rajin ke surau. Arwah ni pula adalah anak yatim yg tinggal bersama nenek.
Diceritakan pula bahawa ketika kejadian, arwah diejek oleh rakan sekelas kerana arwah ni miskin.. tidak mempunyai kelengkapan alatulis yg lengkap.. jadi ada rakan yg menyembunyikan kotak pensil arwah kat atas siling tu.. camana disembunyikan tak tau le.. dicampakkan ke camana tak pasti..
Jadi arwah kemudiannya panjat siling sebab nak ambik balik kotak pensil beliau.. dan ditakdirkan arwah jatuh dari siling dan terus maut.. dengan tangannya erat memegang kotak pensil tersebut.. masyaAllah..
Seandainya ini adalah kejadian sebenar maka amatlah menyedihkan.. dibuatnya lagi neneknya kurang upaya dan hanya bergantung kpd arwah utk hidup.. masyaAllah..
Kejadian ini sepatutnya membuka mata kita seluas-luasnya.. kita kena ada kesedaran utk faham tentang aturan karma kehidupan.. jadi kita kena buat sesuatu..
1. Kita kena sedarkan anak2 kita yg orang miskin bukan utk diejek.. mereka perlu dibantu kerana dengan membantu mereka yg memerlukan barulah kita mendapat pahala. Dengan pahala sajalah kita boleh mendapat syurga Allah.
2. Sedarkan anak2 kita yg miskin kaya itu kuasa Allah. Dan dunia ini ada pasang surutnya. Jangan merendah-rendahkan org lain. Nanti akan ada harinya bila kita memerlukan bantuan san merekalah yg datang membantu.
3. Sedarkan diri kita sendiri. Andai kita ini org yg sangat berkemampuan yg diberi rezeki oleh Allah sehinggakan kita mampu utk membantu orang di luar negara sana.. kita dapat melancong ke sana ke mari.. kita tiada masalah.. maka mungkin sekarang adalah saat yg sesuai utk kita muhasabah diri.. carilah mereka di luar sana yg tidak berkemampuan.. bantulah mereka supaya sama-sama dapat kebaikan.. org2 yg baik.. mereka tidak akan meminta.. mereka cekal.. mereka redha dan pasrah dgn kehidupan.. carilah mereka.. bantulah mereka..
Semoga Allah memberikan rahmatNya yang berterusan kepada kita semua. Amin.
No comments:
Post a Comment