Friday, October 24, 2014

Arnel Pineda.. u rock

Akak berkesempatan tengok dokumentari pasal arnel pineda, lead singer utk kumpulan rock n roll america- journey.

Sebelum ni akak pernah tengok arnel ni dalam oprah talk show... berapa tahun lepas.. dah lama dah.. akak tengok memang bakatnya sangat luarbiasa..

Dan dalam dokumentari tu ada Arnel bagitau.. sebelum ni orang tak pandang pun bakat dia.. dia ngan bandnya susah sangat cari makan.. ngan masalah melibatkan penyalahgunaan dadah lagi.. macam2 masalah.. sampai dia ada masalah suara..

Kemudian dia mula sedar.. dan dalam masa 6 bulan suaranya dah kembali baik.. dan dia banyak muhasabah diri.. katanya apa yang penting ialah sebuah keluarga... dan dia sudah bijak mengawal dirinya..

Persembahan arnel di pentas yg diuploadkan ke youtube telah menarik perhatian anggota kumpulan Journey yang sedang mencari penyanyi utama...

Dan arnel telah ditawarkan ujibakat... dan.. selepasnya adalah sejarah..

Memang hebat persona arnel ni.. Lagu hebat kumpulan ni ialah Dont stop believin'.. terbaik!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!