Sunday, October 5, 2014

Cikgu tak halalkan ilmu... apa dah jadi

Ari ni akak agak tersentap naluri kemanusiaan dan keinsanan akak..

Apa citer? Citernya bila akak dimaklumkan oleh anak akak yg ada cikgu kat tempat beliau belajar bagitau macam ni kat pelajar, "cikgu TAK HALALKAN ilmu yg cikgu ajar kat korang.." masyaAllah.. ada jugak cikgu macam ni? Apa punye spesis la cikgu macam ni..

Sebagai seorang cikgu tugasnya sememangnya mendidik pelajar.. mendidik pelajar bermaksud menyampaikan kepada pelajar dan berkongsi dengan mereka SEDIKIT ilmu yang kita ada..

Dan ilmu yang kita ada ini hanyalah SETITIS atau mungkin juga tak sampai setitik pun dari ILMU TUHAN yang luas lebih luas dari lautan yang ada di bumi ini.. jadinya cikgu cikgu sekelian... dengan sedikit ilmu yg kita ada inilah yg kita kongsi sesama manusia.. dan dengan perkongsian ilmu inilah yg membolehkan kita mendapat PAHALA..

Dan pahala dikumpul bersama dengan hati yg ikhlas..

Seseorang pendidik yg ikhlas akan sentiasa menyanjung tinggi dan bersikap jujur kpd ilmu yg dimiliki dan berusaha menyampaikan ilmu sehabis daya.. dan seorang pendidik yang sebenar akan sentiasa mendoakan pelajarnya utk mendapat manfaat dari ilmu yg dikongsi bersama..

Jadi bagaimana mungkin seorang pendidik boleh berkata kpd pelajarnya.." cikgu tak halalkan ilmu..."

Wahai cikgu cikgu.. jom sama-sama muhasabah diri.. mereka kata " what goes around comes around.." dan " dunia ini bulat.." pikir-pikirkan.. apa rasanya bila cikgu anak kita cakap macam tu.. tak rasa sedih ke?

Cikgu-cikgu sekelian, hidup ni singkat.. bila-bila masa kita boleh dipanggil pulang je sana.. jadi.. yg kita bawa nanti ialah bekalan amal jariah dan pahala doa oleh mereka yg mendoakan kita.

Mungkin nanti ada pelajar kita yg mendoakan kita nanti.. kita tak tahu..

Jadi.. halalkan segala ilmu yg Allah bagi kepada kita utk dikongsi bersama pelajar..

Sama-sama kita bersihkan hati dari sikap, perbuatan serta percakapan yg merugikan kita..

InsyaAllah Allah akan berikan kepada kita ketenangan jiwa.. jiwa yg tenang akan dapat beribadah dengan lebih baik.. bersyukurlah wahai cikgu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!