Akak nk share sedikit dari buku yg sedang akak baca - Untuk Kita Pendosa, karya Hilal Asyraf terbitan PTS Milennia.
Kita semua berbuat dosa. Tiada seorang pun yang tidak berdosa kecuali Allah mengurniakannya sufat maksum iaitu bebas dari sebarang dosa. Dan hanya seorang sahaja hamba Allah yg dikurniakan sifat maksum ini iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Apabila berdosa apakah yg biasanya kita lakukan? Mencuci dosa? Bagaimana kita mencuci dosa?
Atau adakah kita akan terus menyalahkan takdir? Sudah takdir.. apa nak buat? Ingin berubah ke arah kebaikan tapi tidak dapat berbuat demikian kerana takdir sudah begitu? Kekal berbuat maksiat? Tanpa ada usaha untuk berubah?
Kita mudah mengatakan "sudah takdir.." hakikatnya..Yg sebenarnya kita tidak tahu apa yg Allah takdirkan utk kita. Jadi segala yg kita terima hari ini adalah disebabkan usaha dan pilihan yg kita buat.. yg membawa kepada apa yg kita ada pada hari ini.
Kita tidak tahu perancangan Allah terhadap kita. Jadi kita perlu melakukan perancangan terhadap kehidupan kita supaya selari dengan garis panduan yg ditetapkan Allah. Menjauhi segala larangan dan mematuhi segala arahan. Asalkan itu kita pegang maka kita akan berasa dekat dengan rahmat Allah.. dan sentiasa bersyukur dgn apa jua yang Allah takdirkan kpd kita.. pada masa yg sama terus berusaha mendekatkan diri kepada kebaikan... semoga kita semua mendapat kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Amin.
No comments:
Post a Comment