Masa kat sepital Hulu Terengganu, adik lelaki akak yg accident tu dah dibawa masuk ke dalam wad kecemasan dah.. yg menemaninya adalah 3 org lagi adik akak iaitu 2 perempuan dan sorang lelaki.
Kedua-dua adik perempuan dah menangis dah.. yelah adik bongsu... cuma masa malam kejadian tu kami belum maklumkan kepada mak. Kebetulan masa tu mak belum balik dari surau jadi.. dah pesan kat adik yg jaga rumah.. bagitau yg adik hanya jatuh motor sket je.. bukan apa.. takut jugak kalau mak terkejut ke.. sakit jantung ke.. pengsan ke.. lagi haru..
Pagi esoknya barulah bgtau perkara sebenar kat mak.. itupun bila adik dah dipindahkan ke hospital HSNZ... matanya banyak berdarah jadi dihantar ke HSNZ supaya pakar mata dapat jahit...aduhai..
Ari ni akak balik tengok adik.. matanya memang alahai ngeri la jugak tengok.. dan dia pulak dok risau pasal final ni... lepas deepavali ni student poli final..
Kami risau la jugak sbb skrg ni dia tak boleh baca tulisan kecik.. alahai..
Esok akak nak call penasihat akademik beliau.. tanya SOP..
Cumanya akak bersyukur kerana adik beradik saling membantu dan memberi sokongan yg tak berbelah bagi.. syukur ya Allah.
No comments:
Post a Comment