Monday, October 6, 2014

Pengsan di sekolah.. rupanya ada darah beku

Satu hari tu anak sedara akak pengsan kat sekolah selepas hanya bahunya terlanggar pintu secara tak sengaja.. dan beliau pengsan.. apabila sedar beliau tak dapat menggerakkan kaki dan tangan sebelah kanan.. langsung tidak..

Bila doktor periksa, doktor sahkan ada darah beku kat kepala sebesar tudung botol..

Jadi semua panik dan hairan macamana boleh berlaku darah beku tu.. so ank sedara akak perlu dibedah utk dikeluarkan darah beku.. Alhamdulillah, pembedahan selamat dijalankan. Tangan dan kaki beliau masih tidak dapat digerakkan lagi selepas dibedah.. jadinya nak bergerak ke satu-satu tempat perlu dipapah..

tapi pihak hospital melakukan fisioterapi secara berkala.. ada kemajuan juga pada pergerakan anggota kaki dan tangannya.. pada masa yg sama keluarga turut berikhtiar dengan menggunakan khidmat seorang tabib berbangsa cina yg pakar dalam bidang akupuntur.

Alhamdulillah, selepas 3 bulan skrg anak sedara dah boleh berjalan sendiri . Cumanya kalu naik turun tangga perlu  dibantu utk kselamatan beliau.

Kedua ibubapa beliau sgt bersyukur.. dan turut mengakui yg proses penyembuhan ini amat dibantu oleh kesan melakukan akupuntur..

Jadi bagi mereka yg ada mengalami keadaan yg hampir serupa dgn anak sedara akak mungkin boleh cuba kaedah akupuntur. Kita hanya berusaha dan bertawakkal semoga Allah mempermudahkan segala usaha kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!