Friday, October 31, 2014

Citer Barbie... fanatiknya peminat..

Tadi kat berita ada bagitahu.. hotel ala barbie telah diwujudkan kat Buenos Aires.. semuanya ala-ala barbie.. katil barbie.. bilik ala barbie.. semuanya sebijik sama macam koleksi barbie yang ada kat market..

Dan dimaklumkan bahawa hotel barbie tu habis ditempah sepanjang tahun..

Wah.. dasat tu penangan barbie ni kan..

Thursday, October 30, 2014

Apa ada pada nama..

Dalam kelas akak ada beberapa orang pelajar yang mempunyai nama yang sama.. sampaikan akak pun konfius.. apa taknya... kalau ada 3-4 orang pelajar yg sama nama.. mau tak konfius..

Nama-nama yang pernah mengkonfiuskan akak ada banyak.. yg biasa adalah:

Amira, Amirah
Amirul
Liyana, Liana
Syafika

So memang kami cikgu2 kena guna teknik visualisasi tersendiri untuk membezakan para pelajar ni.. contohnya nama ikut warna kulit.. ikut bentuk muka dan sebagainya.. kelako kan..

Jadi ibu-ibu.. bagi nama yg unik kat anak-anak ye.. tapi jangan la sampai kami cikgu susah nak sebut pulak.. hehe..

Tuesday, October 28, 2014

Generasi Y...

Generasi y dikatakan amat cekap dalam mencari dan mendapatkan maklumat.. dan mereka juga sangat bagus dalam bab2 teknologi nih..

Malangnya mereka dikatakan hanya tau mencari maklumat namun tidak tahu menyimpan dan menggunakan maklumat tu.. alatah lagi menganalisa maklumat..

Dan dikatakan juga generasi ni tak suka membaca teks.. maksudnya tak suka baca buku la.. mereka lebih suka tengok gambar... mereka lebih sukakan visual..

Jadi kalu payah nak baca buku camana nak jawab periksa ye.. inilah yang sangat membimbangkan warga pendidik sekarang nih..

Tapi memang ye.. banyak sangat gangguan.. internet la.. media sosial yang pelbagai.. facebook.. instagram... tv.. telefon yang canggih manggih.. yang menuntut perhatian kita lebih daripada menuntut ilmu melalui pembacaan... camana nk baca buku.. baru belek selai mukasurat dah menguap-nguap dah... caner.. caner...

Monday, October 27, 2014

Clean House

Sifat pembersih dan sukakan kekemasan sepatutnya ada dalam diri setiap orang..

Dan sifat sukakan kebersihan dan kekemasan ni bukannya datang sekelip mata.. ianya perlu dipupuk sejak kecik lagi..

Jadi kalau dah dari kecik lagi sukakan kebersihan jadi tak de masalah..

Masalahnya bagi mereka yg tak suka kemas-kemas barang nih..

Lama kelamaan jadi tak terkawal.. sampai nak lalu lalang dalam rumah pun sesak dan susah..

Penyelesaiannya.. kena mintak bantuan.. macam Clean House.. jadi krew datang... buang apa2 patut.. tukar baru barang lama.. hasilnya.. tara.. dengan adanya Clean House.. Deko bersama Eric memang penyelamat la..

So rasanya satu bentuk perniagaan yg menguntungkan ialah perkhidmatan membersih rumah.. memang confirm akan dapat sambutan hebat dari golongan ibu berkerja yg tak dang masa kemas rumah..

Macam akak la jugak.. akak guna khidmat pembantu seminggu sekali yg akan datang bersihkan rumah.. sama-sama tolong kan..

Sunday, October 26, 2014

Citer tamil... kenapa akak suka tengok citer tamil...

Akak ngan abe nik peminat fanatik citer tamil.. hero kami of course vijay.. hehe..

Tadi ada citer.. pasal sorang peguam yg dilakonkan oleh vijay.. peguam ni nama surya.

Citernya ialah bagaimana peguam surya ni memberikan kesedaran kpd masyarakat betapa ketidakadilan dan ketidaktelusan yg berlaku di dalam aspek pentadbiran agensi kerajaan dapat diperbetulkan apabila setiap orang sedar fungsi masing-masing..

Paling penting setiap anggota masyarakat perlu celik undang-undang.. jadi bila dah celik undang-undang dan tahu peraturan dan perjalanan setiap proses maka rakyat lebih mudah utk mengadu kpd pihak berwajib..

Hanya kesedaran sahaja yang boleh memberikan hasilnya kerana dengan kesedaranlah akan membolehkan kita bertindak.. dan hanya dengan bertindak sahaja kita dapat hasilnya.. bukan hanya bercakap sahaja..

Saturday, October 25, 2014

Balik kampung ... terapi minda.

Minggu ni balik kampung.. jumpa mak.. jumpa adik beradik.. jumpa anak sedara.. alhamdulillah terima kasih ya Allah di atas segala kurniaan dan rahmat kasih sayangMu yang telah Kau berikan kepada kami.

Friday, October 24, 2014

Arnel Pineda.. u rock

Akak berkesempatan tengok dokumentari pasal arnel pineda, lead singer utk kumpulan rock n roll america- journey.

Sebelum ni akak pernah tengok arnel ni dalam oprah talk show... berapa tahun lepas.. dah lama dah.. akak tengok memang bakatnya sangat luarbiasa..

Dan dalam dokumentari tu ada Arnel bagitau.. sebelum ni orang tak pandang pun bakat dia.. dia ngan bandnya susah sangat cari makan.. ngan masalah melibatkan penyalahgunaan dadah lagi.. macam2 masalah.. sampai dia ada masalah suara..

Kemudian dia mula sedar.. dan dalam masa 6 bulan suaranya dah kembali baik.. dan dia banyak muhasabah diri.. katanya apa yang penting ialah sebuah keluarga... dan dia sudah bijak mengawal dirinya..

Persembahan arnel di pentas yg diuploadkan ke youtube telah menarik perhatian anggota kumpulan Journey yang sedang mencari penyanyi utama...

Dan arnel telah ditawarkan ujibakat... dan.. selepasnya adalah sejarah..

Memang hebat persona arnel ni.. Lagu hebat kumpulan ni ialah Dont stop believin'.. terbaik!

Wednesday, October 22, 2014

Selamat hari deepavali

Ari ni cuti.. cuti kelepasan am.. sempena deepavali.

Jadi selamat hari deepavali kepada semua penganut agama hindu di bumi malaysia khasnya.

Semoga kita semua rakyat malaysia akan terus bersama menyokong satu sama lain dan terus bersama mengekalkan keharmonian masyarakat dan negara malaysia tercinta.

Monday, October 20, 2014

Bahayanya demam...

Rasanya dah kat seminggu akak demam.. demam dah kebah dah tapi akak masih batuk lagi.. jadi badan pun dokrrok (tak larat).

Tadi abe nik tanya kot2 ada rasa nk muntah ke.. sbb takut demam denggi ke.. kalu rasa nk muntah abe nik kata nk kena bwk sepital terus.. akak lak bila dengar je spital hmm terus terdiam.. mak aiii..spital ni kalu tak tunggu 3-4 jam.. memang bukan spital la namanya.. tak larat lah nk tggu.. buat terbako hati je...

Sunday, October 19, 2014

Citer Ubat batuk

Biasanya untuk batuk, ada 2 jenis ubat batuk yg klinik bagi.. dalam bentuk cecair dan dalam bentuk tablet..

Rasanya hampir semua orang dah boleh bayangkan caner rasa minum ubat batuk klinik tu.. urgghh.. pahit dah tentunya kan..

Jadi apa kata kita berenti mendera diri... hehehe... dah tahu tak suka makan ubat batuk pahit maka dah tiba masanya utk ambik ubat batuk yg tak pahit... ha.. ada madu lagi.. manis..

Jom carilah ubat batuk hurix dengan madu.. memang membantu melegakan batuk..

Friday, October 17, 2014

Dengar ubat je dah muntahhh... uwekkk..

Bila dah sakit... dah gi jumpa doktor.. dah bawak balik ubat... dah kena makan ubat.. barulah tahu apa perasaannya..

Tadi akak sampai dah termuntah bila abe nik tanya ,"dah makan ubat belum?"

Dengar je ubat, ntahlah... terus naik loya yang amat.. terus muntah.. sebab apa? Sebab dah boleh rasa ubat-ubatan tu... pahitnya camana.. eyakkk.... kita yg tua ni pun dah tak lalu nak telan ubat-ubat pahit tu.. hmmm.. apatah lagi anak-anak.. kan.. kesian diaorg kan..

Kalu ada ubat yg manis takpe la jugak kan..

Jadi sapa-sapa yg tak lalu makan ubat tu kan... akak faham..

Apa kata kita minum air mineral banyak-banyak... itu adalah ubat paling mujarab. Akak pun sedang mendisiplinkan diri minum air mineral byk-byk..

Raja dan rakyat.... apa citer

Ekoran dari tindakan Tengku Mahkota Johor (tmj) menendang tiang bendera di penjuru padang malam semalam sebagai meraikan kemenangan perlawanan bolasepak di antara johor dan terengganu, ramai pihak terkejut dengan sikap tersebut.

Action speaks louder than words!

Bagilah berjuta-juta alasan pun .. tapi ramai melihat tindakan tersebut dilihat sebagai satu tindakan yang dapat mempengaruhi kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin. Kata rakyat biasa, seorang pemimpin seorang raja perlu bersifat tenang dalam menerima apa jua keputusan yang datang. Walaupun nak meraikan kemenangan...

Ntahlah.. mende dah jadi.. semua orang kena ambik iktibar..

Walaupun ada banyak citer tertutup pasal dunia bolasepak yg kita rakyat biasa tak tau, yg pasti rakyat juga mahukan ketelusan dan keadilan bagi semua pihak..  setakat kes hanya 100 tiket je dikhaskan buat penyokong terengganu semasa perlawanan baru-baru ning, tidaklah menjadi kehairanan kerana perlawanan disiarkan kat tv secara langsung.. cuma.. itulah.. daripada beribu-ribu.. 30 ribu.. tempat kat stadium tu hanya 100 tiket je bagi kat ore ganu.. itulah yg dikabarkan.. ye ke..

Kalaulah semua orang boleh bersifat professional dan rasional dan bukannya emosional..

Apa yg boleh diharapkan rakyat ialah supaya institusi beraja prihatin dengan kesan ekoran dari tindakan yg dapat menimbulkan bibit-bibit ketidakpuasan hati sesama rakyat..

Anpuan tuanku!

Thursday, October 16, 2014

Telur separuh masak power

Mggu lepas akak ngan abe nik breakfast kat kedai makan kat jalan besar.. batu 50 kot... kat dungun la.. of course..

So yg special kat kedai ni ialah telur power.. telur separuh masak yg dicampur ngan rempah asli tersendiri..

Bila minum memang boleh berpeluh la satu badan.. jd bagi org yg tengah demam kira baguslah..

Cubalah.

Wednesday, October 15, 2014

Demam dan demam...

Memanglah..

Kata orang demam boleh berjangkit... memang betul.. abe nik lum lagi baik demam, dah akak pulak kena demam.. adui... sakit tekak, batuk, selsema dan demam..

Itu pun sakit tekak dah kurang sebab awal-awal lagi masa tekak dan perit tu akak berkumur ngan air garam.. memang cepat la hilang perit tekak..

Bila klinik macam biasalah bawak balik ubat mak ai.. memang nak termuntah la tengok ubat yg banyak tu..

Tapi akak perasan minum air penyejuk badan cap badak, air 100+, performance drink shaklee, memang dapat mempercepatkan penyembuhan demam.. dengan izin Allah.

Air memang kena banyak minum sebab nak sejukkan badan dan nak pastikan badan cukup air.. jadi minum banyak air.

Tuesday, October 14, 2014

Western food pilihan orang demam..

Ari ni akak temankan abe nik makan western food kat mama chop papa grill dungun.

Akak pilih menu ayam berkeju dan abe nik pilih ayam blackpepper. Boleh tahan la rasanya.

Pastu kami ode sup cendawan.. abe nik punye le suka sup cendawan tu.. sampai tak pandang kiri kanan.. yelah.. ore deme ke... (orang demam kan...)

Monday, October 13, 2014

Pejabat tanah dan galian Dungun.. telefon nye pasal

Akak cuma nak luahkan ketidakpuasanhati di atas perkhidmatan pejabat tanah dan galian dungun..

Dah la line teponnye 1 je - 098481851, bila dail engage memanjang.. bila cuba dail lagi time dah dapat line tu takde pulak yg jawab telefon.. aduhai... dah la tu.. 1 line tu la yg digunakan utk komunikasi 3 buah daerah - dungun, kemaman dan marang..

Nilah yg rakyat bengang sangat... dahla line telefon se je, staf yg incharge 3 kawasan tu pun sorang je.. kalu staf tu cuti atau gi kursus memang kena tunggu sampai staf tu balik lah jawabnya... aduhai... mendahulukan rakyat la sangat..

JADI AKAK TAK HERAN LA KALU MEDIA BAGITAU TANAH PUSAKA ORANG MELAYU BERBILION BILION TAK DAPAT DIURUSKAN SEBAIKNYA.. SALAH SATU SEBABNYA MACAM NILAH...

ORANG TELEFON NAK TANYA STATUS PERMOHONAN.. TAPI NAK TANYA PUN TAK BOLEH.. SEBAB PERKHIDMATAN LINE TELEFON MASIH LAGI DITAKUK LAMA..

kesian rakyat... terpaksa bersabar..
(Dan tak kurang juga menyumpah dalam hati...)

Sunday, October 12, 2014

Terima kasih kepada kalian semua..

Akak mewakili keluarga akak mengambil kesempatan ni nak ucapkan terima kasih kepada mereka di atas kerjasama, bantuan dan sokongan yang telah diberikan kepada adik akak yg terlibat dalam kemalangan hari kamis malam jumaat lepas di hiway LPT2..

Terima kasih kepada:

1. Pengguna hiway yg telah menalipon pihak ambulan ketika kejadian berlaku

2. Pengguna hiway yg menolong adik akak dan kawannya semasa sedang menunggu bantuan tiba

3. Kakitangan hospital hulu trg yg memberikan rawatan kecemasan

4. Doktor Anuar - Pengarah Kesihatan Negeri Trg yg berada di hospital yg sgt prihatin dan menyegerakan proses yg berkaitan terutamanya perpindahan ke HSNZ

5. Pemandu ambulan yg cekap ( hanya 20 min sahaja dari hospital hulu ke hsnz)

6. Kakitangan perubatan di hsnz yg memberikan rawatan

7. Rakan-rakan adik akak yg sanggup datang melawat beliau ( walaupun ada yg dtg malam dgn menyewa kereta.. dan mereka ni adalah pelajar..)

8. Semua yg telah memberikan sokongan dan bantuan secara langsung atau tidak langsung

Semoga Allah menggandakan pahala kalian semua dan Allah sahaja yg mampu membalas jasabaik dan bantuan yg telah kalian semua berikan.

Saturday, October 11, 2014

Kasih sayang keluarga di saat kita kecemasan...

Masa kat sepital Hulu Terengganu, adik lelaki akak yg accident tu dah dibawa masuk ke dalam wad kecemasan dah.. yg menemaninya adalah 3 org lagi adik akak iaitu 2 perempuan dan sorang lelaki.

Kedua-dua adik perempuan dah menangis dah.. yelah adik bongsu... cuma masa malam kejadian tu kami belum maklumkan kepada mak. Kebetulan masa tu mak belum balik dari surau jadi.. dah pesan kat adik yg jaga rumah.. bagitau yg adik hanya jatuh motor sket je.. bukan apa.. takut jugak kalau mak terkejut ke.. sakit jantung ke.. pengsan ke.. lagi haru..

Pagi esoknya barulah bgtau perkara sebenar kat mak.. itupun bila adik dah dipindahkan ke hospital HSNZ... matanya banyak berdarah jadi dihantar ke HSNZ supaya pakar mata dapat jahit...aduhai..

Ari ni akak balik tengok adik.. matanya memang alahai ngeri la jugak tengok.. dan dia pulak dok risau pasal final ni... lepas deepavali ni student poli final..

Kami risau la jugak sbb skrg ni dia tak boleh baca tulisan kecik.. alahai..

Esok akak nak call penasihat akademik beliau.. tanya SOP..

Cumanya akak bersyukur kerana adik beradik saling membantu dan memberi sokongan yg tak berbelah bagi.. syukur ya Allah.

Friday, October 10, 2014

Kemalangan jalan raya... di hiway yang dikatakan...

Semalam akak dapat berita sedih dari adik akak memberitahu perihal kemalangan yang dialami oleh adik lelaki akak.. adik lelaki akak ni sedang dalam perjalanan balik ke rumah.. dari kemaman.. dan melalui hiway yg baru siap...

Adik akak tumpang kereta kawannya.. kawannya yg pandu kereta..

Masa kejadian tu adik akak sedang tidur.. sedar2 dah terhantuk..

Dan diceritakan yg mereka memotong sebuah kereta dan memasuki lorong sebelum merempuh belakang lori... aduiii...

Dan di tempat yg lebih kurang sama juga dikatakan sentiasa berlaku kemalangan.. tak tau lah..

Kawannya agak teruk jugak.. patah sana sini.. aduhai.. dan adik akak lak matanya bermasalah.. tak taulah.. mungkin kena kaca ke.. aduhai.
Tadi masa berjalan pun dia terhoyong hayang.. tak tau lah..  doktor akan buat followup checkup nak check kepala lagi.. aduuii..

Nak wak macamana.. kena redha.. di semua ketentuan Allah.. syukur kerana masih diberi kesempatan untuk hidup dan beramal di dunia ni..

Thursday, October 9, 2014

Bila ada kematian..

Ari ni akak g menziarahi keluarga pak sedara abe nik yg baru sahaja meninggal dunia..

Masa akak pegi tadi van jenazah baru sahaja tiba..

Dan akak ngan abe nik sempat juga membaca surah yasin dan menghadiahkan kpd arwah. Semoga Allah menempatkan arwah dlm golongan mereka yg beriman dan beramal soleh.

Di sini juga akak dan pesan kpd ahli keluarga saudara dan sahabat handai yg menghadiri sesebuah majlis kematian..

1. SILENCE kan handphone.. tak manis rasanya bacaan yasin diiringi dgn deringan bunyi telefon yg pelbagai rentak dan lagu..

2. Elakkan bermain2 dgn telefon anda.. semua tahu anda sibuk tapi peruntukkanlah 5 minit dari masa anda utk membaca ayat-ayat quran dan muhasabah dir..

3. Elakkan dari bercakap-cakap kosong dan bersembang sehingga mengganggu keselesaan mereka di sekeliling..

4. Dan sekiranya anda merupakan anak2 kepada simati.. maka tunjukkan contoh yg baik kpd mereka yg berada di situ.. jgn harapkan orang lain melakukan apa yg sepatutnya anda lakukan..

Hmm.

Wednesday, October 8, 2014

Untuk kita yang tak lepas dari berbuat dosa

Akak nk share sedikit dari buku yg sedang akak baca - Untuk Kita Pendosa, karya Hilal Asyraf terbitan PTS Milennia.

Kita semua berbuat dosa. Tiada seorang pun yang tidak berdosa kecuali Allah mengurniakannya sufat maksum iaitu bebas dari sebarang dosa. Dan hanya seorang sahaja hamba Allah yg dikurniakan sifat maksum ini iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Apabila berdosa apakah yg biasanya kita lakukan? Mencuci dosa? Bagaimana kita mencuci dosa?

Atau adakah kita akan terus menyalahkan takdir? Sudah takdir.. apa nak buat? Ingin berubah ke arah kebaikan tapi tidak dapat berbuat demikian kerana takdir sudah begitu? Kekal berbuat maksiat? Tanpa ada usaha untuk berubah?

Kita mudah mengatakan "sudah takdir.." hakikatnya..Yg sebenarnya kita tidak tahu apa yg Allah takdirkan utk kita. Jadi segala yg kita terima hari ini adalah disebabkan usaha dan pilihan yg kita buat.. yg membawa kepada apa yg kita ada pada hari ini.

Kita tidak tahu perancangan Allah terhadap kita. Jadi kita perlu melakukan perancangan terhadap kehidupan kita supaya selari dengan garis panduan yg ditetapkan Allah. Menjauhi segala larangan dan mematuhi segala arahan. Asalkan itu kita pegang maka kita akan berasa dekat dengan rahmat Allah.. dan sentiasa bersyukur dgn apa jua yang Allah takdirkan kpd kita.. pada masa yg sama terus berusaha mendekatkan diri kepada kebaikan... semoga kita semua mendapat kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Amin.

Tuesday, October 7, 2014

Majlis akad nikah di masjid kristal taman tamadun islam terengganu

Semalam akak menghadiri majlis akad nikah sepupu abe nik.

Akad nikah dibuat di dalam masjid kristal. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Sebenarnya masjid kristal biasa terima permohonan bakal-bakal pengantin utk mengadakan majlis akad nikah. Dan kat situ pun ada pakej makan dan minum jugak..

Ramai jugak pengantin2 ambik gambar outdoor kat situ.. yelah kawasannya lapang dan viewnya memang cantik..

Monday, October 6, 2014

Pengsan di sekolah.. rupanya ada darah beku

Satu hari tu anak sedara akak pengsan kat sekolah selepas hanya bahunya terlanggar pintu secara tak sengaja.. dan beliau pengsan.. apabila sedar beliau tak dapat menggerakkan kaki dan tangan sebelah kanan.. langsung tidak..

Bila doktor periksa, doktor sahkan ada darah beku kat kepala sebesar tudung botol..

Jadi semua panik dan hairan macamana boleh berlaku darah beku tu.. so ank sedara akak perlu dibedah utk dikeluarkan darah beku.. Alhamdulillah, pembedahan selamat dijalankan. Tangan dan kaki beliau masih tidak dapat digerakkan lagi selepas dibedah.. jadinya nak bergerak ke satu-satu tempat perlu dipapah..

tapi pihak hospital melakukan fisioterapi secara berkala.. ada kemajuan juga pada pergerakan anggota kaki dan tangannya.. pada masa yg sama keluarga turut berikhtiar dengan menggunakan khidmat seorang tabib berbangsa cina yg pakar dalam bidang akupuntur.

Alhamdulillah, selepas 3 bulan skrg anak sedara dah boleh berjalan sendiri . Cumanya kalu naik turun tangga perlu  dibantu utk kselamatan beliau.

Kedua ibubapa beliau sgt bersyukur.. dan turut mengakui yg proses penyembuhan ini amat dibantu oleh kesan melakukan akupuntur..

Jadi bagi mereka yg ada mengalami keadaan yg hampir serupa dgn anak sedara akak mungkin boleh cuba kaedah akupuntur. Kita hanya berusaha dan bertawakkal semoga Allah mempermudahkan segala usaha kita.

Sunday, October 5, 2014

Cikgu tak halalkan ilmu... apa dah jadi

Ari ni akak agak tersentap naluri kemanusiaan dan keinsanan akak..

Apa citer? Citernya bila akak dimaklumkan oleh anak akak yg ada cikgu kat tempat beliau belajar bagitau macam ni kat pelajar, "cikgu TAK HALALKAN ilmu yg cikgu ajar kat korang.." masyaAllah.. ada jugak cikgu macam ni? Apa punye spesis la cikgu macam ni..

Sebagai seorang cikgu tugasnya sememangnya mendidik pelajar.. mendidik pelajar bermaksud menyampaikan kepada pelajar dan berkongsi dengan mereka SEDIKIT ilmu yang kita ada..

Dan ilmu yang kita ada ini hanyalah SETITIS atau mungkin juga tak sampai setitik pun dari ILMU TUHAN yang luas lebih luas dari lautan yang ada di bumi ini.. jadinya cikgu cikgu sekelian... dengan sedikit ilmu yg kita ada inilah yg kita kongsi sesama manusia.. dan dengan perkongsian ilmu inilah yg membolehkan kita mendapat PAHALA..

Dan pahala dikumpul bersama dengan hati yg ikhlas..

Seseorang pendidik yg ikhlas akan sentiasa menyanjung tinggi dan bersikap jujur kpd ilmu yg dimiliki dan berusaha menyampaikan ilmu sehabis daya.. dan seorang pendidik yang sebenar akan sentiasa mendoakan pelajarnya utk mendapat manfaat dari ilmu yg dikongsi bersama..

Jadi bagaimana mungkin seorang pendidik boleh berkata kpd pelajarnya.." cikgu tak halalkan ilmu..."

Wahai cikgu cikgu.. jom sama-sama muhasabah diri.. mereka kata " what goes around comes around.." dan " dunia ini bulat.." pikir-pikirkan.. apa rasanya bila cikgu anak kita cakap macam tu.. tak rasa sedih ke?

Cikgu-cikgu sekelian, hidup ni singkat.. bila-bila masa kita boleh dipanggil pulang je sana.. jadi.. yg kita bawa nanti ialah bekalan amal jariah dan pahala doa oleh mereka yg mendoakan kita.

Mungkin nanti ada pelajar kita yg mendoakan kita nanti.. kita tak tahu..

Jadi.. halalkan segala ilmu yg Allah bagi kepada kita utk dikongsi bersama pelajar..

Sama-sama kita bersihkan hati dari sikap, perbuatan serta percakapan yg merugikan kita..

InsyaAllah Allah akan berikan kepada kita ketenangan jiwa.. jiwa yg tenang akan dapat beribadah dengan lebih baik.. bersyukurlah wahai cikgu..

Saturday, October 4, 2014

Prmimpin muslim versus pemimpin bukan muslim

Terjemahan alQuran.

1. Larangan menjadikan pemimpin dari kalangan orang bukan muslim.

2. Larangan meninggalkan golongan muslimin dan mengikut golongan kafir.

Akak lupa la pulak nk tulis surah brp juz berapa.. sori. Next time akak tulis lebih detail..

Friday, October 3, 2014

Apa dah jadi dengan China? Atas nama pembangunan...

Kebetulan akak ada tengok dokumentari pasal negara china dan mongolia. Reporters ni buat perbandingan belia dan budaya antara negara china dan mongolia.

Memang ternyata sekali pembangunan pesat dan arus kemodenan telah menghakis sedikit sebanyak budaya dan tradisi masyarakat.. ditunjukkan juga kisah kehidupan golongan hippies.. punk.. seriau gak akak tengok.. bukannya apa.. tengok ladies pun sekarang ni ngalahkan lelaki.. dasat la ngan keberanian mereka nih..

Sebenarnya semua negara kot mengalami pertembungan budaya masyarakat dan tuntutan kehidupan metropolitan.. negara jepun pun.. dulu wanitanya pakai kimono.. skrg ni ada yg jadi ahli tinju..

Pendek kata memang pembangunan akan turut menghakis budaya masyarakat setempat...

Banyak lagi sebenarnya akak nak huraikan tapi skrg ni dah ngantuk gilessss.. baru lepas abih bungkus tapai pulut tadi... ngan mak ngan adik sekali.. yelah... hari ahad ni dah raya haji kan..

Thursday, October 2, 2014

Kes pelajar sekolah maut akibat jatuh dari atas siling

Pertama kali dengar berita ni kat tv semalam akak rasa sedikit sedih.. sebab gambaran yg diberikan dari ulasan berita ialah pelajar ponteng dari menghadiri kelas. Jadi biarlah jadi pengajaran kpd pelajar2 lain.

Ari ni abe nik share 1 berita dari whatsup beliau. Dikatakan pelajar ni pelajar yg baik dan rajin ke surau. Arwah ni pula adalah anak yatim yg tinggal bersama nenek.

Diceritakan pula bahawa ketika kejadian, arwah diejek oleh rakan sekelas kerana arwah ni miskin.. tidak mempunyai kelengkapan alatulis yg lengkap.. jadi ada rakan yg menyembunyikan kotak pensil arwah kat atas siling tu.. camana disembunyikan tak tau le.. dicampakkan ke camana tak pasti..

Jadi arwah kemudiannya panjat siling sebab nak ambik balik kotak pensil beliau.. dan ditakdirkan arwah jatuh dari siling dan terus maut.. dengan tangannya erat memegang kotak pensil tersebut.. masyaAllah..

Seandainya ini adalah kejadian sebenar maka amatlah menyedihkan.. dibuatnya lagi neneknya kurang upaya dan hanya bergantung kpd arwah utk hidup.. masyaAllah..

Kejadian ini sepatutnya membuka mata kita seluas-luasnya.. kita kena ada kesedaran utk faham tentang aturan karma kehidupan.. jadi kita kena buat sesuatu..

1. Kita kena sedarkan anak2 kita yg orang miskin bukan utk diejek.. mereka perlu dibantu kerana dengan membantu mereka yg memerlukan barulah kita mendapat pahala. Dengan pahala sajalah kita boleh mendapat syurga Allah.

2. Sedarkan anak2 kita yg miskin kaya itu kuasa Allah. Dan dunia ini ada pasang surutnya. Jangan merendah-rendahkan org lain. Nanti akan ada harinya bila kita memerlukan bantuan san merekalah yg datang membantu.

3. Sedarkan diri kita sendiri. Andai kita ini org yg sangat berkemampuan yg diberi rezeki oleh Allah sehinggakan kita mampu utk membantu orang di luar negara sana.. kita dapat melancong ke sana ke mari.. kita tiada masalah.. maka mungkin sekarang adalah saat yg sesuai utk kita muhasabah diri..  carilah mereka di luar sana yg tidak berkemampuan.. bantulah mereka supaya sama-sama dapat kebaikan.. org2 yg baik.. mereka tidak akan meminta.. mereka cekal.. mereka redha dan pasrah dgn kehidupan.. carilah mereka.. bantulah mereka..

Semoga Allah memberikan rahmatNya yang berterusan kepada kita semua. Amin.

Wednesday, October 1, 2014

Jangan makan makanan segera.. tapi boleh makan sekali sekala je SEBULAN

Kata pakar senaman dan kesihatan Kevin Zahri, makanan segera tak bagus untuk semua orang.. sebab makanan nya tak de banyak zat pun. Yang banyak ada ialah kalori dan minyak je.. jadi kenalah hadkan pengambilan makanan segera ni..

Tapi itulah... yg segera tulah yg paling disukai.. sebab mudah dan senang didapati..

Dan semua orang tau MEROKOK tidak bagus utk kesihatan.. tapi kenapa masih hisap rokok?

Kita sedar dan kita faham.. tapi kita tidak dapat mengawal situasi dan kehendak kita..

Jom kita kuatkan semangat dan tingkatkan disiplin diri.. mulakan pengambilan pemakanan yg sihat je..

Kesihatan kita tanggungjawab kita!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!