Tuesday, December 31, 2013

Cuti-cuti Malaysia Kuantan Disember 2013


Lepas checkup kat KMC tu, kami terus checkin kat zenith. betul2 depan east coast mall (ecm).. Dapat bilik kat tgkt 16.. memang saujana mata memandang lah..


yang bestnya memang tersangatlah dekat ngan ecm.. jalan je.. kalau tak memang jenuh mencari parking la.. orang sentiasa ramai dan parking macam biasa sentiasa full.. 

kebetulan lak ari sabtu 28 dis 2013 THR gegar ada buat event - mek zura nak bagi beg ke 1000 kanak-kanak.. memang ramai la pengunjung..

tapi sebab ramai sgt orang akak tak pergi pun.. lepas checkout terus balik dungun.. sebab nak setelkan baju sekolah durra lak..


28 Dis 2013

Berapa nilai Kesihatan Kita?

Majalah iSihat keluaran Jan 2014 ada membincangkan pasal penjagaan kesihatan melalui pemakanan suplemen.

Tubuh manusia memerlukan suplemen yang tidak dapat menampung keperluan semasa badan. Kebanyakan zat yang kita perolehi dari makanan juga tidak dapat memberikan nutrien yang secukupnya kepada keperluan badan kita.. ada di antara zat-zat yang diperolehi dari sumber makanan hilang semasa makanan disediakan atau semasa dimasak terlalu lama..


Sumber: iSihat Jan 2014


Bagi wanita, disarankan pengambilan kalsium, zat besi, asid folik serta vitamin2 lain memandangkan kaum wanita banyak kehilangan zat besi sewaktu haid.. ni dia set vitamin untuk wanita.


Bagi kaum lelaki pula, mereka disarankan mengambil multi vitamin, kalsium, omega3 dan serat.. ini dia set vitamin untuk lelaki






Ada banyak syarikat pengeluar suplemen di pasaran, jadi pilih yang benar-benar boleh dipercayai dan mendapat kelulusan pihak kementerian kesihatan malaysia.




Kenapa Shaklee?






Monday, December 30, 2013

Pizzalicous! cara mudah buat pizza sendiri


Cara paling mudah nak makan pizza buatan sendiri.. 

Bahan-bahannya:

roti slices
sos prego/spagheti
cedar cheese
mayonis
cendawan, hirisan hotdog dan apa-apa lagi yang disukai macam nenas ke..




kemudian, kita bako kita bako... nah ko.. sampai hanget hanget gituh


lepas tu.. apalagi..



Sunday, December 29, 2013

Kisah fara- ikhlas dan redha ada hikmahnya

Kali ni akak nak share kisah Fara, my helper. Fara akan datang tolong akak 2 kali seminggu. Tolong apa? Hehe.. tolong kemas umah.. kwang kwang kwang... bukanlah akak ni males ke apa ke tapi kan.. dia tolong akak akak pun boleh tlg dia gak kan... kan kan..

Citer fara, dia pegi beli barang keperluan anaknya madihah kat maidin. Beli kasut beli alatulis gitulah..So lepas beli brg tu letak la dalam raga motor. Kemudian dia pegi la kat kedai lain.

Bila nak balik, dia tgk kat dalam raga motor tu dah kosong. Macam lagu najwa latif. Kosong.. kosong.. Memang sedih la..

Bila fara citer ke akak, akak bgtau fara,
"Fara tenangkan diri... redha je. Allah nak uji sket je tu. Biarkan. Ikhlaskan hati. Sekiranya orang yg mencuri tu betul2 perlukan kasut dan alatulis utk anak dia, fara ikhlaskan hati ... kira sedekah je. Kalu tak, fara doakan agar diberi petunjuk. Allah tahu apa yg terbaik. Yakin dan percaya."

Itulah yg akak bgtau fara. Dan nampaknya fara menerima dgn hati yang terbuka.

Dan 2 hari kemudian, fara balik kampung. Dan ada sedara yg tanya samada madihah dah beli semua kelengkapan sekolah madihah. Lalu fara pun citer la apa yg berlaku kat maidin tu.

Nak tahu?

Time2 tu jugak sedara tu ajak fara dan madihah beli semua keperluan sekolah. 
Citer fara, dapat lebih lagi dari yg hilang tu.

Hmm.. memang Allah bagi lebih lagi.

Yakin dan percaya apa sahaja yg berlaku kat kita adalah yg terbaik yg tujuannya adalah utk menguji dan mengajar kita sesuatu.

Citer kek beday durra 2013


emm .. akak lum citer lagi pasal kek durra masa beday ituhari.. akak nak citer pasal kek hari ni..

kisahnya

 adik akak, cikde, bagitau yg jiran sebelah umah dia, nama Nor, pandai buat kek.. so akak mintak la nor ni buat kek utk beday durra.. durra bgtau nak kek ala-ala pelangi gitu..

so petang tu on the way balik kbrang akak pun singgah lah umah cikde nak ambik kek tu sebab cikde bgtau kek tu tak muat nak simpan dalam peti ais umah dia.

sampai je kat rumah cikde, memang teruja betul la si durra nak tengok kek tu.. durra pun pegi la ke dapur bawak sekali ngan matziq.. by the way, matziq umurnya 2 tahun. abg dia, matpiq umurnya nak masuk 5 tahun. 

sampai je kat dapur, apa yang terjadi ialah...

matziq pun excited gak.. dalam keterujaan matziq nak tunjukkan kek tu ke kak durra, matziq telah tertarik kotak kek tu dari atas kabinet dapur tu..

dan..



semua kat situ terdiam.. terkejut..




kek tu dah jatuh kat lantai.... 

dan bila bukak je kotak kek tu..

cikde dah menjerit dah...



kenapa?


kek tu dah tak de rupa dah.. dah tunggang langgang dah..





Matpiq ngan matziq pun terdiam tak terkata apa-apa.. yelah nak kata apa kan.. budak-budak.. diaorang tak bermaksud pun.. dah nak jadi kan..


 

cikde dah bengang giler dah.. sebab apa, sebab cikde pun tengok sekali masa nor tu buat kek ni.. cantik sangat kata cikde.. 

akak bagitau cikde, tak apalah.. it's ok.. nanti kita cari satu lagi kek lain.. 

so, lepas tu kami terus ke kedai kek sweden lah.. ambik kek choc moist cheese..



dan paa hari jamuan beday tu, akak letak jugak kedua-dua kek tu.. alhamdulillah, semua licin.. 



mesti korang semua nak tahu camana rupanya kek atas tadi sebelum dia terjatuh tu kan..

ni dia..



dalamnya ada 7 layer.. sedap sangat..

hmm.. itulah kisah kek kali ni..


Saturday, December 28, 2013

Penyakit jantung penyebab kematian No. 1

Sumber: Majalah iSihat, Jan 2014

Penyakit jantung penyebab kematian No 1 di Malaysia!

adui... ngerinya..

dan penyebab kematian ialah amalan gaya hidup yang kurang sihat.


JOM, 

Mari kita sama-sama berazam sedaya upaya untuk amalkan gaya hidup sihat bermula hari ini.


Friday, December 27, 2013

khas untuk WANITA - Pengambilan Herba yang boleh meningkatkan peluang kehamilan!

Kali ni akak nak share kan maklumat yang akak dapat hasil dari penyelidikan yang paling cepat yang akak pernah buat.. biasanya penyelidikan makan masa bertahun.. tapi yang ni dalam masa setengah jam je.. thanks to google!

Jom kita tengok antara pemakanan herba yang boleh meningkatkan kehamilan pasangan suami isteri.. kemudiannya akak sertakan produk pemakanan shaklee yang ada yang mengandungi saranan pengambilan herba yang dimaksudkan.. kenapa shaklee?


Source Source

 Dr. Prabha Sahgal MD, is board certified in obstetrics and gynecology and subspecialty board certified in reproductive endocrinology and infertility. Dr. Sahgal holds a B.S. degree from MIT in molecular biology and currently serves on the ConceiveEasy board of directors.

 Maureen, RNObstretical Nursing


Evening Primrose Oil

Borage Oil


Evening Primrose Oil (EPO) dan Borage oil adalah sumber utama GLA.




Coenzyme Q10 -source source 



Vitamins / Supplements - source, source
  • Vitamin E
  • Vitamin C
  • B Complex
  • Omega-6
  • Zinc




Dan sebenarnya ada banyak lagi herba-herba yang boleh diambil.. ada herba tradisional Melayu contohnya tongkat ali, kacip fatimah, ada herba Cina - ginseng, dong quai dan sebagainya.. mungkin nak kena cuba semuanya baru boleh tahu keberkesannya..


Tapi.. banyaknya nak kena makan?


Herbs to Increase Sperm Motility and Male Fertility


kalau yang tradisional nye herba-herba ni dalam bentuk akar-akar kayu kan.. so biasanya nak kena rebus la dulu.. khasiatnya lagi hebat kalau minum air yang direbus.. tapi cerewet la sket kan sebab time tu nak minum time tu la nak kena rebus kan.. kalau dah rebus semalam pun kena hangatkan jugak sekurang-kurangnya kan.. so lebih mudah dan senang ambik yang dalam tablet atau kapsul nye.. senang nak telan.. 

 


so dah ada bermacam-macam ubat herba dan pemakanan bukan herba kat pasaran.. tinggal lagi, kita nak kena usaha, cuba dan terus mencuba kan.. kalau tak cuba, mana nak tau result dia kan?


Lagi lama tunggu lagi terlepas peluang untuk hamil




Cubalah set kesuburan shaklee




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!