Akak berpikir jauh bila dengar berita ni...
Ada satu orang ni yang dipindahkan kr jabatan lain.. pangkat masih sama.. pangkat tertinggi dalam jabatan.. so bila ditukarkan ke agensi lain pangkatnya masih lagi sama..
Dan dikabarkan juga bahawa sepanjang pemerintahannya ramai sangat staf yg tidak puas hati dengan pentadbirannya yang mengamalkan sikap pilih bulu dan tidak konsisten dan tidak adil dalam membuat keputusan.. kebanyakan keputusannya dipertikaikan oleh staf kerana tidak mengambilkira kebajikan staf..
Dan dikabarkan juga yang beliau naik ke jawatan tertinggi itupun disebabkan campurtangan politik yang hebat.. dengan kehebatannya mencantas peluang orang lain... hmmm..
Jadi apabila dimaklumkan beliau akan ditukarkan ke agensi lain, maka beliau telah membuat keputusan drastik dengan turut menukarkan staf di bawah pentdbirannya ke bahagian lain.. dengan harapan keadaan akan jadi kucar kacir apabila staf yang tahu mengendalikan tugas telah ditukarkan ke bahagian lain...
Hmm... amatlah sedih bila akak dengar kisah ni... semua pembaca dah boleh agak betapa keladaknya hati orang macam ni.. nilah dikatakan perjuangan peribadi kan.. biar puas hati sendiri.. tanpa memikirkan akibat dan kemungkinan lain kepada keseluruhan pencapaian organisasi..
Malulah kan.. patutnya sebagai pemimpin beliau mempamerkan sikap penuh tanggungjawab.. berintegriti tinggi.. namun sungguh sayang..
Bukan senang nak jadi pemimpin yang dihormati dan disegani atas sikap kepimpinan yang bertanggungjawab kan...
Sama-sama muhasabah diri..
No comments:
Post a Comment