Akak ucapkan takziah kepada keluarga arwah adik Rafikin yang telah ditemui meninggal dunia selepas hampir 4 hari hilang di hutan lipur Sekayu.
Akak juga ada melihat gambar whatsapp yg menunjukkan tempat arwah ditemui iaitu di celah-celah batu.. hanya tangan arwah sahaja yg kelihatan manakala badan arwah berada di dalam air.. sangat menghibakan..
Arwah merupakan pelajar pintar harapan sekolah. Kakak ipar akak pernah mengajar arwah masa kat sekolah rendah dan kakak ipar bagitau yg arwah adalah bekas ketua pelajar..
Allah sayangkan arwah dan telah memanggil arwah pulang ke tempatNya terlebih dulu... alFatihah utk arwah adik Rafikin. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya buat arwah.
Berbalik kpd citer hutan ni, tak dpt dinafikan wujud banyak citer-citer mistik.. kisah misteri yang tak dapat difahami .. tak dapat terungkai misterinya..
Kisah-kisah mistik seperti manusia berjumpa dengan orang bunian.. atau makhluk halus yang lain sering kali kita dengar.. ada sesetengah dari kita yang diberi anugerah oleh Allah seperti mampu berkomunikasi secara langsung dgn makhluk halus ni..
Seterusnya kita dinasihatkan utk sentiasa berhati-hati dalam perbuatan dan percakapan apabila berada di dalam hutan kerana hutan ada hidupannya tersendiri.. ibaratnya kita masuk kampung orang lain lah.. jadi kena jaga tingkah-laku dan kata-kata..
Kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku kpd arwah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
apa pun semua yang ada di langit dan bumi ni adalah makhluk Allah. Allah yang menjadikan segalanya, justeru hanya kepada Allah tempat kita memohon segala sesuatu. Ada perkara yang Allah ingin sampaikan kpd kita. Sama-sama kita muhasabah diri.
No comments:
Post a Comment