Saturday, November 8, 2014

Pelanggan kedai versus pelayan kedai...

Semalam akak sekeluarga pegi breakfast kat satu kedai makan ni.. kecik je kedainya.. ada lebih kurang 6 biji meja je..

Sampai kat satu meja tu abe nik duduk.. jadi kami pun turut la sekali kag meja tu.. meja tu pulak kotor la sket.. so abe nik pun panggil la pelayan mintak pelayan lap. Kata abe nik , "tolong lap meja ni jap."

Dan akak dengar la pelayan tu jawab, "sabo sabo.."..

Abe nik pulak bila dengar jawapan macam tu yg padanya agak kurang ajar mula la dia bising kat situ.. dengan kuatnya dia cakap, "aku paling tak suka macam ni.. "

Akak yg baru nak duduk tak jadi duduk.. akak tanya abe nik, "so? Nak makan kat kat sini ke tak?" Bukan apa.. malas nk kepoh-kepoh.. abe nik bg isyarat duduk.. oklah..

Tapi memang betul la.. kalau pelayan cakap "sabo sabo.." nampak la yg pelanggan kena tunggu sampai pelayan datang baru boleh mintak itu ini kan..

Satu lagi.. kalau ye pun pelayan anggap pelanggan cerewet janganlah pulak cakap "sabo sabo" tu.. kekadang manusia ni buleh hilang sabo.. kan..

Ada baiknya pelayan belajar berkomunikasi dengan lebih baik.. jadi dalam kes di atas akak rasa abe nik takkan terasa sakit hati sangat bila pelayan tu gunakan ayat yg lebih berhemah seperti "tunggu kejap bang ye..". Kang lebih lembut bunyinya.. daripada ayat "sabo sabo" yg kedengaran kasar bunyinya..

Anyway, pelanggan adalah raja.. tanpa pelanggan kedai tak akan beroperasi kan... boleh tutup kedai kalu pelanggan lari kan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!