Saturday, November 1, 2014

Kenapa yang baik mati dulu...

Pagi tadi akak ngan abe nik breakfast kat kedai makan teluk lipat.. abe nik makan feberet dia nasi sup.. akak makan nasi lemak..

Sambil2 makan tu akak tak dapat la jugak menahan diri dari mendengar perbualan meja belakang.. dah tentu dengar kan.. sebab mereka pun cakap bukan main kuat lagi.. jadi akak pun leh tergelak sorang-sorang.. abe nik pun hairan hehe..

Kisahnya kat meja belakang tu.. ada pakcik tu citer kat kawan dia macam ni..

"Tahun 2014 ni tahun sedih buat saya.. pak sedara saya meninggal.. cucu sedara meninggal.. anak sedara meninggal.. dan paling saya sedih abang saya yang paling saya sayang meninggal... abang tu yang paling baik lah tu.. yang baik dah takde.. tinggal abang yang jahat.."

Bab ayat kedian tu yg membuatkan akak gelak tu..

Maksudnya pakcik ni ada abang yang dia tak suka yang dia gelarkan sebagai jahat.. dasat jugak tahap tak suka tu ye.. sebab kalau adik-beradik kan.. kita tak kan kata adik beradik kita jahat kan..

Jadi sama-sama kita refleksi dan koreksi diri.. kalau selama ni tak tegur adik-beradik.. kalau selama ni gaduh adik-beradik maka mungkin boleh muhasabah diri.. mula semaikan balik kasih sayang dan hubungkan balik ikatan persaudaraan tu.. demi mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!