Ari ni akak terkejut dengan perangai makcik ni... makcik ni kerja kat bangunan yg sama ngan akak.. dah berumur dah.. rasanya dalam lingkungan 52 tahun gitu..
Citernya, akak ondeway nak ke tandas masa tu dan nampak la makcik2 ni bersembang.. pagi ni cuaca agak baik.. tapi semalam hujan lebat.. biasalah.. hujung2 tahun ni kalu pantai timur memang musim tengkujuh...hari hujan lebih banyak dari hari tak hujan.. kita dah tahu iklimnya dan maklum akan kekuasaan Allah.. segala kejadian alam ni Allah lah yang berkuasa menjadikan apa saja yang Allah kehendaki..
Berbalik kpd citer makcik ni, yang buat akak terkejut ialah bila masa tu keadaan cuaca macam nak bertukar kepada hujan la sket.. boleh nampak la awan hitam tu...
Yang mengejutkan akak ialah bila makcik tadi dengan kuatnya cakap "eh.. jangan hujan.. biar panas sampai.ke petang.. kelmarin kan dah hujan.."
Ayat yang keluar tu memang menyebabkan akak tersentak.. eh makcik.. sapa la kita ni nak mengarah-arah macam tu... tu kan kerja Tuhan.. Tuhan berkuasa menjadikan panas ke.. hujan ke.. tu kuasa Tuhan.. masya Allah..
Pulak tu dengan suara kuat lak tu.. eh mana boleh macam tu makcik.. patutnya kalu ye pun makcik tak nak hujan turun makcik patutnya berdoa dengan penuh kehambaan "Ya Allah, janganlah Engkau turunkan hujan hari ni.. kami mengharapkan nikmat cuaca yang baik untuk kami sepanjang hari ni..".. kang lebih baik berkata macam tu.. daripada bertempik-tempik kan...
Dan sebenarnya apa yang Allah jadikan adalah terbaik bagi kita.. apa jua yg kita alami ketika saat ni adalah yang terbaik bagi kita.. terima dan redha dengan ketentuan Allah.. kerana kita tidak mampu melawan takdir Allah..
Sama-sama muhasabah diri.
No comments:
Post a Comment