Ya Allah.. sayunya hati bila membaca akhbar hari ni..
Hari ni Harian Metro 27/12/2014 melaporkan mengenai mangsa banjir yang kelaparan kerana sudah 3 hari bekalan makanan habis..
Akak terus teringatkan kanak-kanak yang sedang kelaparan.. kalau orang dewasa mereka masih boleh menahan lapar.. bagaimana pula dengan kanak-kanak? Aduhai..
Dan dipaparkan juga di dalam berita tersebut bagaimana golongan ibu-ibu di pusat pemindahan yang bertanyakan tentang keperluan bayi seperti susu tepung dan pampers..
Dapat dibayangkan bagaimana bayi yang tidak mendapat susu akan menangis kelaparan.. aduhai..
Ya Allah. Kau permudahkan bantuan bekalan keperluan disalurkan kepada mereka yang sedang mengharapkan makanan dan keperluan lain agar dapat disegerakan keperluan itu sampai kepada mereka ini.
Kami mohon kepadaMu ya Allah, bantulah kami semua ya Allah kerana hanya Engkau sahaja tempat kami mengadu dan berserah diri. Amin.
No comments:
Post a Comment