Pagi ni akak jumpa ngan T, rakan sekerja yg baru balik menunaikan haji.
Sebelum T berangkat menunaikan haji, akak berdoa depan T semoga Allah mempermudahkan segala urusan melakukan ibadat dan ibadat yang dilakukan T adalah yg sangat sempurna.
Dan semasa T berada di sana pun akak tak putus-putus berdoa semoga T suami isteri beribadat dengan sempurna dan segala urusan dipermudahkan dan haji mereka haji yang mabrur. Bila teringat pada T memang akak akan doakan sedemikian.
Dan ari ni T bagitau akak.. dia mimpikan akak masa kat sana.. kata T, lepas dia mimpi akak terus hatinya berkata akak sedang mendoakannya.. ya.. mendengarkan T bercerita pasal mimpinya dah menbuatkan akak sebak dan terharu..
Tiada siapa yang tahu siapa yang kita doakan.. dan Allah Maha Kuasa.. Allah Maha Mengetahui..Dia Amat Mengetahui.. dan dikabarkan kepada orang yg kita doakan hanya melalui mimpi.. doa ikhlas memang Allah Dengar..
No comments:
Post a Comment