Di saat hati masih sedih memikirkan nasib mereka yang sedang berusaha menyelamatkan diri menghadapi bencana banjir besar yang melanda di Kelantan, Terengganu dan Pahang, akak dikejutkan dengan berita kemalangan salah seorang pelajar, Muhamad Faizal. Faizal kemalangan di dalam perjalanan pulang menemui keluarga di kampung. Motosikalnya hancur.. dan akak sebak bila melihat gambar beliau terbaring di atas jalan.. dengan darah keluar dari bahagian kepala.. Allahuakbar..
Dan beliau disahkan meninggal di hospital.. Innalillah.
Akak tidak pernah mengajar arwah, tapi akak kenal beliau. Dan dari apa yang dimaklumkan oleh rakan-rakan yang lain, arwah merupakan pelajar yang rajin dan sangat bertanggungjawab serta suka membantu sesama rakan. Allahuakbar.
Bayangkan, sebaik mendengar berita kemalangan beliau, beberapa rakan segera meredah hujan lebat dan banjir untuk sampai ke tempat kejadian..
Dan akak dimaklumkan rakan-rakan arwah sangat terkesan dengan kejadian ini.
Tambah pula apabila di fb arwah, seringkali arwah memaparkan mesej-mesej berbentuk tazkirah..
Dan akak sangat sebak apabila membaca salah satu mesej ni.. arwah mengatakan takut untuk tidur kerana khuatir tidak lagi bangun. MasyaAllah..
Ya Allah, Kau cucurilah rahmatMu kepada Muhamad Faizal dan Kau tempatkanlah arwah ke dalam golongan orang soleh. Amin.
No comments:
Post a Comment