Monday, December 29, 2014

Besarnya pahala golongan ini...

Memang bulan Disember adalah bulan Anggota Tentera Malaysia dan Pasukan Bomba dan Penyelamat. Tugas dan cabaran mereka banyak diuji ketika musim banjir, spt apa yang berlaku ketika ini di mana semua negeri di pantai timur dilanda banjir yang luarbiasa.

Tanpa memikirkan kepentingan diri malah keluarga sendiri, mereka ini berhabisan tenaga untuk membantu orang ramai. Anda semua manusia yang hebat.

Akak sebak bila baca berita mengenai seorang anggota bomba dan penyelamat yg rumahnya ditenggelami air.. sehinggakan beliau terpaksa meminta maaf kepada isteri beliau kerana terpaksa mengutamakan orang lain.. ketika itu beliau terpaksa bertugas membantu penduduk di Kg Raja dan Kuala Jenga yg teruk dilanda banjir.

Begitu juga dengan para doktor dan jururawat yang bersengkang mata dan berkorban masa serta tenaga dalam membantu mereka yang memerlukan. Anda semua manusia yang hebat.

Kepada anggota-anggota polis, pasukan rela dan jpam, anda semua manusia yang sungguh hebat dan menjadi contoh kepada semua.

Akak hanya mampu berdoa supaya orang-orang hebat ini diberikan pahala yang banyak, dipermudahkan segala urusan kehidupan dunia akhirat, diberikan ketenangan zahir dan batin serta diberi kemuliaan sesama makhluk. Terima kasih diatas segala jasa baik dan bantuan ikhlas yang dicurahkan. Semoga Allah membalas kebaikan anda semua dengan rahmat dan kasih sayangNya.

Mohon sangat pihak kerajaan memberikan imbuhan yang sewajarnya kepada golongan ini di atas segala usaha, penat lelah, jasa dan tenaga yang telah dicurahkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!