Banjir yang melanda Kelantan minggu lepas dikatakan sangat luarbiasa kerana beberapa tempat yang terletak di kawasan tinggi dan selama ini tidak pernah dinaiki air juga terkena tempiasnya. Dua kawasan yang menjadi perhatian kita semua ialah Kuala Krai dan Manik Urai.
Seperti yang dipaparkan oleh media, kedua-dua kawasan tersebut ditenggelami air dengan begitu teruk sehinggakan tingkat 3 sekolah tempat pemindahan pun turut dinaiki air. Air yang naik begitu cepat memaksa sebahagian penduduk berpindah ke kawasan bukit. Ada yang kehabisan bekalan makanan.. sehingga memaksa mereka bertahan dengan minum air hujan sahaja. Ya Allah. Kasihanilah mereka.
Dan setelah banjir reda dan penduduk yang terlibat banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, kedukaan mereka bertambah apabila melihat keadaan rumah dan persekitaran tempat tinggal mereka... semuanya ibarat dilanda tsunami.. ada yang tinggal tiang sahaja.. rumah telah hilang dibawa arus air banjir.. tiada apa yang tinggal. Ya Allah..Begitu besar ujian dan cabaran yang dihadapi oleh mereka ini.
Kasihanilah mereka ini yang terlibat dalam bencana alam ini ya Allah. Kau gantikanlah kedukaan mereka dengan kegembiraan dan Kau gantikanlah mereka dengan kehidupan yang lebih baik ya Allah.
Berilah kami semua semua petunjuk dan berilah jalan keluar agar segala kesulitan yang dihadapi dapat diselesaikan mengikut jalanMu ya Allah. Pimpinlah kami ke jalan kebenaran dan berilah kami rahmatMu ya Allah.
Apa yang berlaku ini adalah peringatan bagi kami semua. Dan kami redha ya Allah. Kami mohon ampun di atas segala keterlanjuran kami Ya Allah. Sesungguhnya kami ini hambaMu yang sentiasa berbuat kezaliman. Oleh itu ampunkanlah kami dan terimalah taubat kami. Amin.
No comments:
Post a Comment