Saturday, November 15, 2014

Kisah Sang Belalang di dalam Balang...

Masa bersembang ngan mr g ituhari ada la mr bagi kiasan citer belalang ni..

Kiasan ni mr g keluarkan bila dia cadangkan akak jogging naik bukit bauk tu..hehehe.. akak cakap la yg akak tak bersedia.. tak tau larat ke tidak naik sampai ke puncak tuh..hehe.. memikirkan panjat bukit yang cantik bertar sampai ke atas tu pun akak dah mengeluh.. usahkan nak suruh panjat bukit.. memang no no la kan... hehehe.. yelah sebab tak pernah naik bukit bauk sebelum ni kan.. so macam-macam alasan la bagi hehe..

Bila dengar alasan akak tu yg terus mr g bagi kiasan citer belalang tu..

Bukan citer nujum pak belalang ye..

Citer mr g,.. jeng jeng jeng..

Ada seekor belalang ni.. kena tangkap dan dikurung dlm sebuah balang. Balang tu kemudiannya ditutup.. jadinya.. belalang kan memang suka lompat-lompat.. dah namanya pun grasshopper kan... so belalang tu pun melompat-lompat la sebab nak keluar.. tapi setiap kali lompat memang tak lepas la.. hanya sampai kat penutup balang tu je.. dah boleh bayang kan..

Kemudian penutup balang tu dibuka.. supaya belalang tu dapat keluar.. tapi kali ni, belalang tu lompat cumanya tinggi lompatan tu hanyalah sampai ke tudung balang.. sebab sebelum ni belalang ni lompat pada ketinggian yang sama.. jadi sebab dah biasa, belalang ni pun lompat macam biasa la.. hanya sampai kat penutup balang.. walaupun penutup balang dah tak ada..

Akak faham.. mr g nak bagitau akak pasal orang kita kita ni yg sentiasa ada "limiting belief". Jadinya bila kita dah dalam keadaan zon selesa dan dah biasa dalam keadaan tu, kita tak akan keluar dari zon selesa tu.. kita tidak akan mahu mencabar diri untuk keluar dari zon selesa tu..

Hmm. Got it?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!