Wednesday, April 14, 2010

warna-warni kehidupan

hari Jumaat sememangnya penghulu segala hari.. hari yg baik.. tapi Jumaat 9 Apr lepas bukanlah hari yg 'ong' bagi ku..

Semuanya jadi x ong bila hari Jumaat tu aku sepatutnya pulang ke Ganu pagi kul 9.30. Aku berada di shahalam sejak selasa dan sudahpun merancang untuk berjumpa supervisor pada hari rabu. Tapi rabunya x jadik... kamis pun x jadik.. jumaat lak nak jumpa.. alahai... mahu xmahu terpaksalah aku tukar tiket.. mulanya tukar tiket ke sebelah tengahari kul 12.30 pm.. tup2 x leh jumpa sebelah pagi.. kena jumpa petang.. so kenalah ambik tiket sebelah malamnya.. nak jadi citer, tu je lah tiket yg tinggal.. tupun yg orang jual balik...dahlah tu, tempat duduk belakang lak tu.. abih tu nak wak camana.. kes terpaksa lah.. kira rezeki lah tu boleh balik ganu malam tu..

keadaan jadik kelam kabut sebab kebetulan hubby ada meeting malam tu.. sapa nak jaga anak.. kusut..kusut.. terpaksa lah panggil bantuan.. mak datang dari kampung temankan anakku malam tu.. setel..

Malamnya aku naik teksi untuk ke stesen bas. Sampai je kat stesen dah nampak bas sani. dengan confidentnya aku pun pegi la naik.. aku hulurkan tiket, nasib la staf sani cek betul2.. aku tergamam jap bila staf tu bagitau, "kak, ni bas nak gi rantau panjang... bas gi ganu x sampai lagi.." nah ko.. nasib baik lah.. kalau x maunya sampai rantau panjang.. huh suspen giler.. aku pun turunlahhh.. malu dah x de maknanya masa tu.. so aku lepak la kat tempat duduk kat situ.. kebetulan lak ada kak L yg kebetulan nak balik ganu gak.. so ada la teman..

dalam bas lak.. kat belakang bas ada 4 seats.. aku harap janganlah aku sorang pompuan kat seat tu.. mujo lah, ada adik tu.. ada la teman aku... banyak juga lah yg dibualkan.... letih sgt berbual aku pun tido.. tido x lama mana, aku terdengar org depan bising, "eh.. air apa nih..banyak nya air.." terus terjaga aku... aku capai beg laptop yg ada kat bawah, abis basah bawah beg tu,.. suspen tahap gaban lah aku.. mana x nya, sume kerja phd aku ada kat dalam laptop tu.. aku cek beberapa kali.. oklah, x basah sampai ke laptop.. tapi kertas semuanya dah masuk air.. aku angkat lak beg baju aku.. fuhh.. memang basah terus.. boleh perah airnya lak.. rupanya tingkat bawah bas tu dah dimasuki air.. mungkin hujan lebat sgt kot... yg kelakarnya time bas berenti kami kat belakang boleh dengar dengan jelas bunyi air macam air ombak gitu.. eii.. tak habis2 aku doa, kok ye pun bas tu nak jadi apa2 ke, biarlah aku sampai dungun dulu.. so sepanjang perjalanan tu aku pangku je lah 2 beg tu,...

bila diberitahu kat pakcik driver tu, yelah pakcik tu nak wak camana kan,.. kena lah jugak teruskan perjalananan.. rasa nak mintak ganti rugi je, tapi terpikir gak, apa yg aku rugi yg kena ganti tu.. kira nasib lah kot..

sampai je aku kat rumah aku terus keluarkan laptop dan kertas2.. jemur dalam rumah.. habis melekat semua dokumen tu.. nak wak camana kan.. esok paginya cuaca panas so kenalah jemur beg ngan kertas2 tu.. ada paper yg baru aku print sebelah paginya, tapi dah kembang habis tulisannya.. aduss.. syahdu betullah..

aku x tahu hikmah dari kejadian tu.. tapi aku belajar melihatnya dari sudut yg positif.. mesti ada hikmahnya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!