aku paling menyampah bila bas yg aku naik berenti kat hentian cendor.. bukan apa.. kemudahan awam langsung x terurus.. bercakap pasal tandas aku ada pengalaman menyakitkan hati.. kat cendor tu ada 2 tandas, 1 yg berhadapan ngan pasaraya sofea, 1 lagi yg mengadap jalan besar.. tandas yg ,mengadap pasaraya sofea tu memang x layak untuk dimasuki pun.. silap aku, aku pegi bayar dulu sebelum masuk tandas.. sepatutnya gunakan perkhidmatan dulu barulah bayar.. dah bayar aku masuk cari tandas, 1 pun x leh guna.. siap akak sorang tu termuntah2... aku pun keluar, aku sound kat mamat tu, ' apa ni, awak langsung x jaga tandas.. tandas bukan main kotor..' nak tau mamat tu jawab apa? 'bukan keje aku bersih tandas.. ' la rupanya keje dia kutip duit je.. ala, nak sangat duit sedekah je lah 20 sen tu.. tengok lama mana kenyang dia wak makan.. geram nih..
so dengan geram nya aku pun pegi la tandas sebelah sana.. ada mamat bangla jaga tandas.. silap aku sekali lagi.. aku gi bayar dulu... bagi singgit pastu bangla tu pulangkan 70 sen.. katanya xde 10.. sekali lagi aku bising.. sepatutnya kedua-dua belah tandas tu boleh digunakan..tup2 tutup.. dahlah tandasnya ada 2 biji je.. apa lagi untuk kali yg ketiga nye memang aku maki betullah.. bukannya apa.. orang nak gunakan kemudahan, yg ko suka ati tutup sini tutup situ apasal.. bukan free, bayar lagi.. orang x kisah pun bayar mahal kalu service bagus, puas hati.. ni ya Allah.. bukan main lagi cakap nak tarik pelancong lah.. apa lah.. tensheng ni.. tulah.. walaupun mende ni nampak je kecik, tapi mengganggu emosi gak.. rileks.. rileks.. rileks apa nyeh kalu melibatkan urusan penting.. END
No comments:
Post a Comment