Monday, April 26, 2010

anak lembu vs anak orang

on the way balik ke ganu dari shah alam, masa kat kemasik aku menyaksikan satu peristiwa yg amat menyentuh hati dan perasaan..

masa tgh driving kami tengok kereta kat depan kami terbabas ke seberang jalan.. nasib le x kena kete lain.. suspen betul.. kami pelankan kereta, rupanya kete tu dah langgar anak lembu.. kami tengok anak lembu tu dok tepi jalan, dah tak bergerak. Kat sebelah jalan sana ada sekawan lembu yg nak melintas jalan.. rasanya anak lembu tu melintas main redah je.. teruja kot..sori. kami jadi tergamam bila lembu2 tadi yg ramai2 tu berlari2 depan keta kami melintas jalan.. dan aku tengok lembu yg terawal sampai ke tempat anak lembu tu menjilat dan mencium anak lembu tu.. lepas tu lembu2 lain sampai dan buat perkara yg sama.. aduh, aku terpikir.. lembu pun sayangkan anak.. sayu jap tengok.. aku terpikir lagi, lembu yg x diberi akal pun boleh sayangkan anaknya yg dah mati, tapi manusia yg ada akal boleh lak campak anak kat tong sampah kat dalam sungai.. lepas campak terus blah.. memang betullah... dalam manusia ada sifat binatang dan dalam binatang ada sifat manusia... lebih tepat, dalam manusia ada sifat lembu dan dalam lembu ada sifat manusia..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!